TUKUP GAS | Cara sesuatu daya menolak keluar minyak atau gas dari dalam reservoir ke telaga. Mekanisme perolehan juga digunakan dengan maksud yang sama kerana pacuan menghasilkan perolehan minyak. Pelbagai jenis mekanisme pacuan wujud tetapi secara am boleh dibahagi kepada semula jadi dan buatan. Pacuan semula jadi ialah pacuan gas larutan, pacuan tukup gas, pacuan air, pacuan graviti, dan pacuan kemampatan. Pada asalnya, tekanan dalam telaga dan seluruh formasi berada pada tekanan asal Pi. Apabila telaga dibuka, tekanan dalam telaga turun menyebabkan minyak mengalir ke dalam telaga kerana perbezaan tekanan. Minyak yang tertinggal akan mengalami kejatuhan tekanan menyebabkan minyak dan gas yang larut mengembang dan menolak minyak ke arah telaga. Daya tolakan ini disebabkan pengembangan gas larutan atau pacuan jenis gas larutan....Rujuk Ensiklopedia Sains dan Teknologi | KEJURUTERAAN | Teori/Teorem/Hukum |
TEMASIK | TEMASIK, nama asal Singapura sebelum ia dibuka dan dijadikan negeri oleh Sang Nila Utama atau Sri Tri Buana lebih kurang pada tahun 1300. Temasik menjadi pusat kekuasaan raja-raja Melayu sebelum Melaka. Temasik pada asalnya adalah sebuah perkampungan kecil. Perkampungan ini pernah disinggahi pedagang dan pengembara asing terutamanya dari negeri China dan Tanah Arab. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
SYEIKH JUNID TOLA | SYEIKH JUNID TOLA (1886-1948), pendidik dan ulama. Beliau lahir di Kampung Tarlola, Tapanuli Selatan, Sumatera, Indonesia. Nama asalnya ialah Simanonga. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Desa Kampung Maga. Kemudian, beliau merantau ke Deli dan Basilam, Langkat, Sumatera Timur. Beliau belajar agama di Pondok Basilam, Tanjung Pura dan berguru dengan Syeikh Abdul Wahab. Beliau menukarkan namanya kepada nama Junid mengambil sempena nama seorang ulama tasawuf yang terkenal Syeikh Junid al-Baghdadi. Bagi mengingati asal usul, namanya ditambah dengan `Tola’ singkatan nama Kampung Tarlola tempat kelahirannya. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |