Orang Kossak merupakan askar yang asalnya petani yang menetap terutamanya di kawasan Sungai Dnepr dan Don, yang kini dikenali sebagai Ukraine Timur dan Rusia Barat. Bermula pada tahun 1400-an, Poland dan Rusia melatih mengatur orang Kossak memasuki unit ketenteraan untuk membantu menentang pencerobohan kaum Tartar. Poland dan Rusia memberikan banyak keistimewaan kepada orang Kossak sebagai ganjaran perkhidmatan mereka. Orang Kossak membentuk komuniti pemerintahan mereka sendiri, yang diasaskan kepada prinsip demokrasi. Perkataan Kossak dalam bahasa Turki bermaksud orang yang merdeka . |