ASAM JAWA | Asam jawa ialah pokok malar hijau yang menarik, yang tumbuh di kawasan tropika. Ia boleh tumbuh 23 meter tingginya. Asam jawa mempunyai daun yang kecil, berwarna hijau pucat, dan bunga yang kecil berwarna kuning. Lenggainya kira-kira lapan hingga 10 sentimeter panjangnya mengandungi biji. Lenggai ini mengandungi isi masam berwarna perang yang digunakan untuk membuat minuman yang menyegarkan. Di India dan Arab Saudi, isi ini dihimpit menjadi ketulan dan dijual sebagai makanan istimewa. Asam jawa hiasan ditanam di bahagian panas yang di dunia. Pengelasan saintifik: Asam jawa tergolong dalam famili kacang pis Leguminosae (Fabaceae). Ia adalah Tamarindus indica . | UMUM | |
MAKANAN REBUS | MAKANAN REBUS, makanan yang dimasak di dalam air yang mendidih, atau tanpa menggunakan minyak. Antara makanan yang direbus ialah lauk-pauk dan sayur-sayuran. Makanan lain ialah asam rebus, pindang, singgang, asam pedas, kuah laksa utara dan masak bening. Merebus boleh dilakukan di dalam periuk atau belanga. | BUDAYA | Makanan |
MEMPAUNG | Mempaung atau dikenali juga sebagai empaung, asam paung dan rambai hutan merupakan salah satu buah nadir yang terdapat di Malaysia. | PERTANIAN | Flora dan Fauna |
SINGGANG | SINGGANG, sejenis masakan rebusan daripada bahan-bahan seperti lengkuas, serai, bawang putih, asam keping dan kadang-kadang ditambah belacan, manisan dan cili belah. Biasanya ikan digunakan sebagai bahan penting khususnya ikan tongkol atau ikan kayu, ikan tamban dan ikan kembung. Daging juga boleh dibuat singgang seperti yang terdapat di Johor dan bahan-bahan yang digunakan termasuklah ketumbar, cili kering, halia, lada hitam dan bawang merah yang ditumbuk. Singgang juga disebut sebagai pindang. | BUDAYA | Makanan |
SATE | SATE, makanan tradisional yang diperbuat daripada daging, ayam atau perut lembu yang dipotong kecil-kecil, dicucuk ke lidi dan dipanggang. Sate dimakan dengan kuah yang dimasak daripada kacang tanah bercampur cili, rempah-rempah, gula dan asam. | BUDAYA | Makanan |
PENAWAR | PENAWAR, ubat, jampi dan serapah yang digunakan untuk mengurangkan bisa atau kesakitan fizikal dan emosi yang dihidapi oleh seseorang. Dalam perubatan Melayu, terdapat pelbagai jenis penawar seperti penawar bisa ampai-ampai ialah asam dan penawar sengat lebah ialah kapur. | BUDAYA | Ubat-Ubatan |
KERABU | KERABU, makanan yang diperbuat daripada hirisan sayur-sayuran atau buah-buahan yang dicampur dengan kerisik, bawang, udang, cili, asam dan garam. | BUDAYA | Makanan |
LAKSA | LAKSA, mi kasar yang diperbuat daripada tepung beras. Laksa yang dicelur, dimakan bersama-sama hirisan timun, ulam, cili, bawang besar dan kuah. Kuah laksa diperbuat daripada isi ikan dan dimasak asam atau lemak | BUDAYA | Konsep |
SHAMSUDDIN JAAFAR | SHAMSUDDIN JAAFAR (1942- ), penulis, penyair dan penterjemah. Shamsuddin lahir pada 16 Jun 1942 di Sungai Burung, Tanjung Karang, Selangor. Dia menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu Asam Jawa, Kuala Selangor dari tahun 1948 hingga tahun 1953. Pada tahun 1957, dia meneruskan pendidikan menengah di Sekolah Dato’ Abdul Razak, Tanjung Malim, Perak. Dia kemudian mengikuti Kelas Pelajaran Lanjutan di Maktab Teknik Kuala Lumpur hingga lulus Higher School Certificate. | SASTERA | Tokoh |
WARNA | WARNA, sesuatu yang mencerminkan struktur sosial secara simbolis dan mempunyai pengertian tertentu dari segi magis dan perubatan. Dalam budaya Melayu, warna sangat rapat dengan alam persekitaran semula jadi. Selain warna-warna dasar seperti putih, hitam, merah, biru atau kuning, terdapat beberapa cahaya warna yang menghampiri warna-warna dasar itu. Biasanya istilah cahaya adalah mengikut kepekatan dan kecairan warna itu, iaitu sama ada tua atau muda, maka terdapatlah warna seperti merah tua atau merah muda, dan kuning tua atau kuning muda. Di samping itu, terdapat cahaya warna yang diistilahkan mengikut apa yang dilihat pada alam semula jadi, terutamanya tumbuh-tumbuhan seperti merah pulasan daripada warna buah pulasan, kuning kunyit, daripada warna kunyit dan hijau pucuk pisang, cahaya yang menyerupai warna pucuk pisang. Lembayung, pinang masak, biji remia, biji asam, bunga keduduk dan kulit manggis adalah istilah bagi warna tertentu daripada tumbuh-tumbuhan. Unsur –unsur lain daripada alam semesta adalah seperti tanah liat (kuning), laut (biru), batu (merah), darah-darah ikan (merah) atau asap (kelabu). Semua istilah ini mencerminkan pandangan hidup orang Melayu. | BUDAYA | Konsep |