MAGNETO | Magneto ialah janakuasa elektrik yang menyediakan pencucuhan percikan api dalam sesetengah enjin pembakaran dalaman. Pencucuhan Magneto digunakan dalam mesin rumput dan dalam kebanyakan kapal terbang dan motosikal. Magneto beroperasi berdasarkan dua prinsip asas: (1) Gerakan konduktor dalam medan magnet mengeluarkan arus elektrik dalam konduktor, dan (2) Gangguan mengejut aliran arus dalam konduktor dapat mencetuskan (menjanakan) voltan yang tinggi. | UMUM | |
SISTEM PERPULUHAN | Sistem perpuluhan ialah satu cara menulis nombor. Sebarang nombor, daripada kuantiti yang besar sehinggalah pecahan yang kecil boleh ditulis dalam sistem perpuluhan dengan hanya menggunakan sepuluh simbol asas iaitu 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9 dan 0. Nilai mana-mana simbol ini bergantung pada kedudukannya dalam sesuatu nombor. Contohnya simbol 2, mempunyai nilai yang sama sekali berbeza dalam nombor 832 berbanding 238 kerana 2 berada pada kedudukan yang berlainan dalam setiap nombor tadi. Oleh sebab nilai simbol bergantung pada kedudukannya dalam sesuatu nombor, sistem perpuluhan tersebut dikenali sebagai sistem tempat-nilai. | UMUM | |
AMPERE | Ampere ialah unit yang digunakan untuk mengukur kadar aliran arus elektrik. Ia adalah salah satu daripada tujuh unit asas dalam sistem metrik, dan simbolnya ialah A. Ampere digunakan untuk mengukur elektrik sebagaimana unit gelen per minit digunakan untuk mengukur air. Arus elektrik mengalir pada kadar 1 ampere apabila 1 coulomb (unit caj elektrik) mengalir melepasi satu bahagian litar elektrik dalam masa 1 saat (lihat Coulomb ). Oleh itu, 1 ampere bersamaan dengan 1 coulomb per saat. Ahli fizik mentakrif ampere dari segi daya magnetik, yang diukur dalam newton, yang dihasilkan oleh arus. | UMUM | |
SULTAN IBRAHIM | Kapsyen1"> :1"> Sultan Ibrahim SULTAN IBRAHIM (1873-1959), Sultan Johor (1895-1959). Baginda adalah raja Melayu yang paling lama memerintah. Baginda diputerakan pada 17 September 1873 di Istana Bidadari, Singapura. Baginda adalah putera Sultan Abu Bakar dan Encik Besar Zubidah. Setelah mendapat pendidikan asas, baginda menjalani latihan ketenteraan dengan Angkatan Timbalan Setia Negeri Johor. Baginda kemudian ditauliahkan sebagai leftenan muda dan dilantik sebagai juruiring ayahanda baginda. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
TEORI BESAR DISATUKAN | Teori besar disatukan , juga dikenali sebagai GUT’s (Grand Unified Theories), cuba untuk menyatukan tiga daripada empat daya asas yang dianggap menguasai alam semesta. Ketiga-tiga daya ini, daripada yang terlemah hingga kepada yang terkuat, adalah (1) daya nuklear lemah, (2) keelektromagnetan, dan (3) daya nuklear kuat. Daya nuklear lemah bertanggungjawab terhadap pereputan radioaktif banyak jenis nukleus atom. Keelektromagnetan ialah daya yang mengikat elektron kepada nukleus. Daya nuklear kuat mengikat nukleus bersama-sama. Kegravitian, iaitu daya asas keempat, tidak termasuk dalam GUT’s. Kesan graviti terhadap satu atom atau nukleus adalah terlalu lemah hinggakan ahli sains tidak berupaya mengesannya. | UMUM | |
METER | Meter ialah unit asas panjang dalam sistem metrik Simbolnya ialah m. Satu meter bersamaan dengan 39.37 inci. Ahli sains mentakrif meter sebagai jarak perjalanan cahaya dalam vakum dalam 299 792 458 sesaat. Dari tahun 1960 hingga 1983, panjang meter ditakrif sebagai 1 650 763.73 panjang gelombang cahaya merah-jingga dari isotop kripton-86, yang diukur dalam vakum. Standard ukuran ini menggantikan bar meter platinum-iridium. Lihat juga Sentimeter. | UMUM | |
ANGKA ROMAN | Angka Roman merupakan simbol yang mewakili nombor. Semua angka Roman ditulis berasaskan tujuh simbol asas, sama ada ditulis secara berasingan ataupun digabungkan. Tujuh simbol tersebut ialah I (1), V (5), X (10), L (50), C (100), D (500), dan M (1000). | UMUM | |
NETZAHUALC´OYOTL | Netzahualc´oyotl (pend. 1 256 115) ialah bandar raya ketiga terbesar di Mexico. Netzahual´coyotl terletak di negeri Mexico dan sempadan Mexico City di sebelah timur. Untuk mengetahui lokasinya, lihat Mexico (peta politik). Netzahual´coyotl ditubuhkan pada tahun 1900 sebagai subbandar Mexico City. Ia tidak digabungkan sebagai bandar sehingga tahun 1963. Sejak tahun 1970, jumlah penduduk Netzahual´coyotl meningkat dua kali ganda. Perkembangan bandar yang cepat ini menimbulkan masalah. Antaranya termasuk kekurangan perumahan yang baik, kekurangan perkhidmatan asas di bandar, dan pencemaran. Penduduk bandar ini kebanyakannya golongan kelas pekerja. Beberapa buah kilang pengeluar tanam-tanaman beroperasi di sini. | UMUM | |
PERJANJIAN PERSEKUTUAN (1948) | Perjanjian Persekutuan (1948), perjanjian bagi menubuhkan Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948 untuk menggantikan Malayan Union . Perjanjian ini melaksanakan bentuk kerajaan Persekutuan dengan menggabungkan semua negeri-negeri Melayu, iaitu Perlis, Kedah, Pulau Pinang , Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Terengganu dan Kelantan ke dalam satu unit. Dengan itu terhapuslah konsep Negeri-negeri Melayu Bersekutu, Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu dan Negeri-negeri Selat, yang wujud sejak tahun 1796 di Semenanjung Tanah Melayu. Pembentukan Persekutuan Tanah Melayu adalah asas pembentukan negara Tanah Melayu yang merdeka (1957) dan pembentukan Malaysia (1963). | UMUM | |
PERWAKILAN BERKADAR | Perwakilan berkadar ialah satu sistem memilih anggota dewan perundangan. Sistem ini dirangka untuk memberi parti politik dalam dewan perundangan kerusi menurut kadar bahagiannya daripada jumlah keseluruhan undi dalam pemilihan. Sistem ini juga menawarkan peluang kepada calon parti minoriti supaya dapat dipilih. Perwakilan berkadar mempunyai tiga ciri asas: (1) tiga orang atau lebih ahli dewan perundangan dipilih dari tiap-tiap daerah pada waktu yang sama; (2) kertas undi dikira dengan cara khas untuk memberikan setiap parti politik bahagian undi yang dibuang; dan (3) biasanya terdapat lebih daripada dua buah parti politik yang aktif. Unsur- unsur ini terdapat dalam Sistem Senarai dan Sistem Hare . | UMUM | |