Asetilena ialah gas yang tidak berwarna dan mudah menyala, biasanya digunakan untuk membuat kerja kimpalan dan untuk menghasilkan sebatian kimia lain. Formula kimianya ialah C 2 H 2 . Asetilena juga menjadi racun sekiranya terhidu. Gas ini juga akan meletup apabila bercampur dengan udara. Ahli kimia Inggeris, Edmund Davy, mula mengeluarkan asetilena dalam tahun 1836. Namun gas ini dilupakan hingga tahun 1860, apabila ahli kimia Perancis, Marcelin Berthelot, menemui satu cara untuk mensintesis gas ini daripada karbon dan hidrogen, dengan menggunakan arka elektrik. |