Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ash


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ASH BERDURI

Ash berduri ialah salah satu kumpulan pokok

atau pokok renek. Namanya merujuk kepada duri

tajam di rantingnya. Nama itu juga didasarkan

pada kesamaan antara daun ash yang berduri

dengan daun ash yang sebenar (lihat Ash ).

Spesies ash berduri yang berlainan terdapat di

Australia, Asia, Afrika dan Amerika Tengah serta

Amerika Utara.

UMUM 
ASH

Ash ialah sekumpulan pokok kayu keras yang

terdapat di Asia, Eropah, dan Amerika Utara. Ash

Eropah tumbuh sehingga 30 meter tingginya,

terutamanya di tanah batu kapur di utara Eropah.

Ash berbunga yang lebih kecil adalah pokok yang

menarik di selatan Eropah. Daunnya besar dan

bunganya putih berjambak-jambak. Pokok ini

biasanya ditanam sebagai pokok hiasan atau

pokok teduhan. Ash boleh digunakan sebagai

teduhan atau untuk mencegah hakisan tanah. Ash

putih dan ash merah biasa terdapat di Amerika

Syarikat.

UMUM 
ABU AL-HASSAN, AL-ASH’ARIY

Abu al-Hassan, al-Ash’ariy (260 H.–324 H./

873 M.–936 M.) ialah ahli ilmu kalam. Nama

penuhnya ialah Abu al-Hassan ‘Ali ibn Isma’il ibn

Ishaq ibn Salim ibn Isma’il ibn ‘Abdullah ibn Musa

ibn Bilal ibn Abu Musa ibn Bilal ibn Abu Burdah

ibn Abu Musa al-Ash’ariy. Dia berasal daripada

keturunan seorang sahabat yang terkenal, iaitu

Abu Musa al-Ash’ariy. Menurut satu pendapat, dia

dinasabkan kepada al-Ash’ariy kerana

berketurunan al-Ash’ariy ibn Udad. Tetapi

menurut pendapat lain, dia bergelar al-Ash’ariy

kerana mempunyai rambut yang lebat ketika lahir.

UMUM 
ASH GUNUNG

Ash gunung ialah nama bagi sekumpulan

pokok dan pokok renek yang tumbuh di

Hemisfera Utara. Ia tumbuh terutamanya di

tempat tinggi. Daun ash gunung adalah daun

majmuk, yang terdiri daripada beberapa anak

daun yang terpisah. Bunganya yang berwarna

putih tumbuh bergugus-gugus besar, leper.

Buahnya yang berwarna jingga hingga merah

adalah gugusan pom bak beri.

UMUM 
ASH'ATH IBN QAYS, AL-

Ash‘ath ibn Qays, al- ( ?–40 H./ ?–661 M.) ialah

pemerintah di daerah Kindah pada zaman jahiliah

dan awal Islam. Dia digelar al-Ash‘ath kerana

rambutnya yang tidak terurus. Dia menemui Nabi

Muhammad s.a.w. pada tahun ke-10 Hijrah

bersama rombongan penunggang kuda yang

terdiri daripada 70 orang penduduk Kindah.

UMUM 
SULAYMAN IBN AL-ASH‘ATH

Sulayman ibn al-Ash‘ath (202–275 H./817–889

M.), penyusun Sunan al-Sittah (enam buah kitab

hadith) yang masyhur. Nama penuhnya ialah

Sulayman ibn al-Ash’ath ibn Shidad ibn ‘Amru Al-

Azdiy Abu Dawud. Dia berbangsa Sajistani dan

merupakan seorang imam yang penting dalam

bidang ilmu hadith. Dia meriwayatkan hadith yang

diambil daripada al-Qa’nabiy, Ahmad, Yahya, Ibnu

Madaniy dan lain-lain. Sementara itu, ramai periwayat

hadith yang mengambil hadith daripadanya seperti

al-Tirmidhy, Abu Bakar (anaknya sendiri), Abu

‘Awwanah dan satu kumpulan perawi.

UMUM 
HARI RABU ASH UMUM 
MARWAN IBN AL-HAKAM

Marwan ibn al-Hakam (2 H.–65 H./623 M.–

685 M.), khalifah Bani Umayyah. Nama penuhnya

ialah Marwan ibn al-Hakam ibn Abu al-Ash ibn

Umayyah. Dia menjadi khalifah pertama yang

dilantik dalam kalangan Bani al-Hakam ibn Abi al-Ash.

UMUM 
ASHA'IRAH, AL-

Asha’irah, al- ialah pengikut aliran Abu al-

Hassan al-Asháriy ‘Ali ibn Isma’il ibn Ishaq

(meninggal dunia pada 324 H./935 M.). Dia

mempunyai darah keturunan Abu Musa al-

Ash’ariy r.a. Lihat Abu al-Hasan al-Ash’ariy. Pada

mulanya, dia menganut mazhab Muktazilah. Lihat

Muktazilah.

UMUM 
EMIRIAH ARAB BERSATU

Emiriah Arab Bersatu ialah persekutuan tujuh

negeri merdeka di barat daya Asia. Negeri-negeri

ini terletak di sepanjang pantai timur Semenanjung

Arab di hujung selatan Teluk Parsi. Dari barat ke

timur, negeri tersebut ialah Abu Dhabi, Dubayy

(juga dieja Dubai), Ash Shariqah, Ajman, Umm al

Qaywayn, Ras al Khaymah, dan Al Fujayrah.

UMUM 
12

Kembali ke atas