Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[as.ra.ma] | اسراما

Definisi : 1. bangunan tempat tinggal kumpulan tertentu (spt murid sekolah, mahasiswa, jururawat, dll), hostel; ~ putera (puteri) asrama yg khusus utk pelajar-pelajar lelaki (perem­puan); 2. rumah tempat tinggal pertapa, biara; 3. Id berek (polis, tentera, dll); berasrama mempunyai asrama: sekolah ~ penuh; mengasramakan menempatkan dlm asr­ama. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[as.ra.ma] | اسراما

Definisi : 1 rumah tumpangan tempat tinggal murid-murid sekolah (mahasiswa dsb). 2 rumah tempat tinggal orang bertapa; biara. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata asrama


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PESANTREN

PESANTREN, pusat pendidikan agama Islam tradisional di Jawa dan Madura, Indonesia. Berasal daripada perkataan ‘senteri’, yakni guru mengaji, pesantren ialah tempat tinggal para santri. Sebuah pesantren ibarat sebuah asrama yang berupa lingkungan pondok, tempat para senteri tinggal bersama dan dibimbing oleh seorang atau lebih tok guru yang dipanggil ‘kiai’. Setiap pesantren mempunyai lima ciri asas iaitu pondok, masjid, santri, pengajaran kitab-kitab agama Islam yang klasik dan kiai.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep

Kembali ke atas