ASTEROID | Asteroid, objek-objek pejal kecil dalam sistem suria yang beredar mengelilingi matahari. | FIZIK | Fenomena |
SISTEM SURIA | Sistem suria merangkumi bintang yang dikenali sebagai matahari dan segala objek yang bergerak mengelilinginya. Sistem suria mengandungi: (1) bumi dan lapan planet lain termasuklah satelit (bulan) yang mengelilingi kebanyakan planet ini; (2) objek seperti planet yang dikenali sebagai asteroid; (3) ketulan besi dan batu yang dikenali sebagai meteoroid; (4) longgokan debu dan gas beku yang dikenali sebagai komet; dan (5) zarah yang hanyut yang dikenali sebagai habuk antara planet dan gas yang bercas elektrik, iaitu plasma yang secara berkumpulan membentuk perantaraan antara planet. | UMUM | |
SERIUM | Serium ialah logam lembut, berwarna kelabu dalam kumpulan unsur kimia nadir bumi. Ia ditemui pada tahun 1803 oleh ahli kimia Sweden, Jons Berzelius dan ahli geologi Sweden, Wilhelm von Hisinger, dan secara perseorangan oleh ahli kimia Jerman, Martin Klaproth. Serium dinamakan sempena nama Seres, iaitu asteroid (planet minar). | UMUM | |
PLANET | Planet adalah salah satu daripada sembilan objek besar yang beredar mengelilingi matahari. Planet-planet tersebut ialah Utarid, Zuhrah, Bumi, Marikh, Musytari, Zuhal, Uranus, Neptun, dan Pluto. Pluto dianggap sebagai planet yang paling jauh kedudukannya dari matahari, walaupun pada tahun 1979 dan tahun 1999, jaraknya hampir dengan matahari berbanding dengan Neptun. Matahari, planet dan satelit nya (bulan), serta objek kecil lain yang dikenali sebagai asteroid, komet dan meteoroid membentuk sistem suria . | UMUM | |