ASTRONOMI | Astronomi, ilmu falak atau astronomi adalah ilmu yang mengkaji bintang, planet dan benda- benda lain yang terdapat dalam alam semesta. Ahli- ahli astronomi sentiasa meneropong kedudukan dan pergerakan setiap jirim angkasa lepas. Penumpuan ahli astronomi tidak terhad kepada kegiatan meneropong semata-mata, malah mereka cuba mencari jawapan kepada persoalan seperti “Apakah rencaman bintang-bintang? dan Bagaimanakah bintang mendapat cahaya”. Oleh sebab itu, sesetengah ahli astronomi ini juga dikenali sebagai astrofizik, iaitu mereka yang mengkaji tindak balas fizik dan kimia yang berlaku di angkasa lepas. | UMUM | |
ARGELANDER, FRIEDRICH WILHELM AUGUST | Argelander, Friedrich Wilhelm August (1799–1875), ahli astronomi Jerman-Finland dan profesor astronomi di Bonn, Jerman. Dia telah membuat katalog dan mencartakan lebih daripada 300 000 bintang yang terdapat di hemisfera samawi utara hingga ke magnitud kesembilan. Dia telah menubuh dan menjadikan pengajian tentang perubahan bintang sebagai satu cabang astronomi dengan mengkaji sejarah perubahan bintang- bintang dari segi kegemerlapannya. Dia lahir di Meme (kini Klaipeda), Lithuania. | UMUM | |
ASTRONOMI RADIO | Astronomi radio, teknik kajian tentang alam semesta yang dilakukan dengan menggunakan gelombang radio. | FIZIK | Disiplin Ilmu |
MAGNITUD | Magnitud ialah skala yang digunakan oleh ahli astronomi untuk mengukur kecerahan objek yang bercahaya di angkasa. Lebih cerah sesuatu bintang atau planet, maka lebih rendah nombor magnitudnya. Sistem magnitud adalah berasaskan usaha yang dilakukan oleh ahli astronomi Yunani purba, Hipparchus. Kira-kira pada tahun 125 S.M., Hipparchus mengelaskan bintang mengikut kecerahan. Dia menamakan bintang yang paling cerah sebagai bintang magnitud pertama, bintang yang kedua cerah sebagai bintang magnitud kedua dan seterusnya sehinggalah kepada bintang yang paling pudar. Bintang yang paling pudar digelar sebagai bintang magnitud keenam. | UMUM | |
ORBIT | Orbit ialah laluan objek semula jadi atau objek buatan yang bergerak di bawah suatu daya pusat. Dalam bidang astronomi, istilah orbit merujuk secara khusus kepada laluan sebarang objek yang pergerakannya dikawal oleh tarikan graviti objek lain. Ahli astronomi menamakan salah satu daripada dua objek yang lebih berjisim itu sebagai primer , dan objek yang kurang berjisim itu sebagai sekunder . Bulan, umpamanya, ialah sekunder dan berpusing mengelilingi primernya, bumi. Bumi, sebaliknya ialah sekunder yang bergerak mengelilingi primernya, matahari. Kapal angkasa menjadi sekunder kepada bumi atau planet lain, atau sekunder kepada bulan atau matahari. | UMUM | |
NEWTON, SIR ISAAC | Newton, Sir Isaac (1642–1727) ialah ahli sains astronomi, dan matematik Inggeris, yang mencipta sejenis matematik baru, menemui rahsia cahaya dan warna, dan menunjukkan bagaimana alam semesta berada dalam kedudukannya. Dia kadangkala dikenali sebagai “salah seorang tokoh yang paling agung dalam sejarah pemikiran manusia” kerana sumbangannya yang besar terhadap matematik, fizik, dan astronomi. | UMUM | |
TAHUN CAHAYA | Tahun cahaya ialah satu unit yang digunakan oleh ahli astronomi untuk menerangkan jarak di antara bintang. Ia adalah jarak perjalanan dalam satu tahun oleh satu denyutan cahaya. Cahaya bergerak pada kelajuan 299 792 kilometer satu saat. Oleh itu, satu tahun cahaya adalah bersamaan 9.46 juta kilometer. Sebuah kapal terbang jet yang terbang pada kelajuan 800 kilometer satu jam perlu terbang selama 1.34 juta tahun supaya terbang dalam satu tahun cahaya. Jarak astronomi adalah tersangat luas hinggakan bintang yang paling hampir dengan bumi – selain dari matahari – ialah 4.3 tahun cahaya jauhnya. Lihat juga Bintang (Bintang di dalam alam semesta). | UMUM | |
MÖBIUS, AUGUST FERDINAND | Möbius, August Ferdinand (1790–1868) ialah ahli astronomi dan ahli matematik Jerman. Dalam bidang matematik, Möbius adalah antara pelopor topologi , suatu cabang geometri yang mengkaji sifat rajah yang tidak berubah akibat bengkokan, regangan, dan sebagainya. Dalam topologi, kiub dan sfera dianggap sama kerana setiap satunya dapat dibentuk daripada yang lain dengan mengubah bentuknya. Sebagai contoh, donat, rekod gramofon, dan jarum dapat saling diubah bentuknya. Antara penemuan Möbius ialah Jalur Möbius (lihat Jalur Möbius). Möbius lahir di Schulpforta. Dia belajar di Leipzig University. Pada tahun 1815, dia dilantik menjadi profesor astronomi di Leipzig University. Dia kekal berkhidmat di universiti ini sehingga ke akhir hayatnya. Lihat Geometri; Matematik (Sejarah: Pada tahun 1800-an). | UMUM | |
CELCIUS, ANDERS | Ahli astronomi Sweden. | FIZIK | Tokoh |
SATELIT | Satelit , dalam astronomi, ialah jasad yang beredar mengelilingi sebuah planet. Perkataan satelit bermaksud “penjaga.” Bulan kita yang mengelilingi bumi dalam perjalanannya mengelilingi matahari, ialah sebuah satelit. Jasad yang kabur atau gelap yang mengelilingi bintang- bintang tertentu dan menyebabkan cahayanya gelap atau cerah juga dinamakan satelit. Bintang yang dikelilinginya dinamakan bintang-bintang berubah gerhana. Sekurang-kurangnya tujuh planet dalam sistem suria kita mempunyai satelit. Planet-planet ini ialah Bumi, dengan satu satelit; Pluto dengan 1; Marikh dengan 2; Neptun dengan 2; Uranus dengan 15; Musytari dengan 16; dan Zuhal dengan 18. Lihat rencana planet yang berasingan, seperti Musytari . | UMUM | |