Sufyan ibn ‘Uyaynah (107–198 H./726–814 M.), ketua ulama hadith. Nama penuhnya Sufyan ibn ‘Uyaynah ibn Abi ‘Imran. Dia lahir di Kufah. Dia tinggal di Makkah dan meninggal dunia di sana. Sufyan menemui lebih 80 orang tabi‘i. Dia mula menulis hadith ketika berumur tujuh tahun. Sufyan mendengar hadith daripada ‘Amru ibn Dinar, Muhammad ibn Muslim ibn Shihab al-Zuhriy, Abi Ishaq al-Subayi‘iy, al-Aswad ibn Qis, ‘Abdullah ibn Dinar, Mansur ibn al-Mu‘tamir dan ramai lagi. Mereka adalah antara guru Sufyan Al-‘A‘mash, Ibn Jurayj dan Shu‘bah telah meriwayatkan hadith daripadanya. Begitu juga Imam Syafi‘i, Abdullah ibn al-Mubarak, ‘Abd Rahman ibn Mahdiy, Ahmad ibn Hanbal, Yahya ibn Ma‘in, Ishaq ibn Rahawayh. Terdapat, ramai lagi di kalangan orang masyhur mengambil hadith daripadanya. |