Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[Öa.tar]/[a.tar] | عطر

Definisi : ; air ~ = minyak ~ sj minyak wangi; orang ~ juruubat, orang yg membuat ubat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[Öa.tar]/[a.tar] | عطر

Definisi : , = air (minyak) ~ bau-bauan yg harum (terutama yg dibawa dr Timur Tengah). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata atar


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MINYAK ATAR

Minyak atar, juga dikenali sebagai otto, iaitu

minyak pati yang didapati dengan melalukan wap

pada kelopak bunga. Minyak pati memberi

kewangian kepada bunga tertentu. Minyak atar

digunakan untuk memberikan bau kepada minyak

wangi dan kosmetik. Kebanyakan minyak atar

didapati daripada bunga ros. Minyak atar daripada

bunga ros dihasilkan terutamanya di Bulgaria.

Sebanyak kira-kira 1800 kilogram kelopak bunga

ros menghasilkan 0.5 kilogram minyak atar

daripada bunga ros. Pembuat minyak wangi

menghargai minyak atar ros dari Bulgaria kerana

bau bunganya yang kuat dan harum.

UMUM 
BUNGA RAMPAI

BUNGA RAMPAI, campuran beberapa jenis bunga harum yang digaul dengan hirisan daun pandan dan daun limau purut berserta pewangi seperti air mawar, minyak atar, serbuk cendana dan diukup dengan setanggi atau dian ukup.

BUDAYAKonsep
NAWAWIY, ABU ZAKARIYYA AL-

Nawawiy, Abu Zakariyya al- (631–676 H./

1234–1278 M.), imam terkemuka, hafiz dan sangat

tegas dalam menegakkan perkara makruf dan

mencegah perkara mungkar. Nama sebenarnya

ialah Muhy al-Din Abu Zakariyya Yahya ibn Sharaf

al-Hawaraniy al-Syafi‘iyy. Dia meninggalkan

keseronokan hidup dan tidak berkahwin. Dia

mahir dalam pelbagai ilmu dan menjawat jawatan

Syeikh di Dar al-Hadith al-Ashrafiyyah. Al-Nawawiy

sangat terkenal dalam penterjemahan rencana

dalam pelbagai disiplin ilmu. Ibn ‘Atar adalah

salah seorang muridnya yang telah membilang

karya-karyanya secara menyeluruh. Antara karya-

karyanya ialah Tahdhib al-Asma’ wa Lughat wa al-

Minhaj fi Sharh Muslim; al-Taqrib wal al-Taysir fi

al-Mustalah al-Hadith ; al-Adhkar; Riyad al-Salihin,

sebuah kitab hadith yang besar dan terkenal; al-

Majmu‘ Sharh Muhadhdhab; al-Arba‘un al-

Nawawiyyah dan Mukhtasar Asad al-Ghabah fi

Ma‘rifat al-Sahabat dan lain-lain.

UMUM 

Kembali ke atas