TANAH ATAS | Tanah atas ialah lapisan permukaan tanah. Biasanya, kedalamannya antara 10 hingga 25 sentimeter. Struktur dan ketebalan tanah atas menggalakkan pertumbuhan sistem akar tanaman. Tanah atas kaya dengan sejenis kandungan yang dikenali sebagai humus , satu sumber makanan penting bagi setiap tanaman seperti bijian kecil dan rumput (lihat Humus ). Tanah atas juga mengandungi bakteria yang diperlukan untuk tumbesaran tanaman. Tanah atas yang subur diperlukan untuk pertanian, landskap dan perkebunan. Oleh itu, ia dianggap sebagai salah satu dari sumber semula jadi yang penting. Masa selama beratus-ratus tahun diperlukan di dalam proses pembentukan tanah atas. Oleh sebab itu, pemeliharaan tanah atas adalah satu dari tujuan utama pemuliharaan tanah. | UMUM | |
ATOL | Atol ialah lingkaran bulat karang di laut lepas yang terbina di atas tebing yang tenggelam, atau terbentuk di atas kawah gunung berapi yang telah tenggelam di bawah permukaan laut. Umumnya satu lapisan tanah yang nipis terlekat di atas terumbu karang, dan ditumbuhi tumbuh-tumbuhan. Tumbuh-tumbuhan tropika hidup subur di atas atol, dan ia menjadi pulau karang. Atol mengepungi kolam atau lagun yang cetek. Satu saluran atau lebih biasanya menghubungkan lagun kebanyakan atol dengan laut di sekelilingnya, di bahagian hadap angin. Atol ditemui terutamanya di Lautan Pasifik. Lihat juga Karang . | UMUM | |
PENERBITAN ATAS MEJA | | UMUM | |
SIKU | Siku ialah sendi yang menyambungkan lengan atas dengan lengan bawah seseorang. Humerus – tulang lengan atas dan radius dan ulna – tulang tangan bawah – bertemu di siku. Sambungan ketiga-tiga tulang ini membentuk tiga sendi yang lebih kecil di dalam sendi siku. Sendi yang lebih kecil ini membolehkan pergerakan tertentu. Sendi humerus-ulna dan sendi humerus-radius membolehkan seseorang membengkokkan lengan bawah ke atas dan ke bawah. Sendi radiusulna dan sendi humerus-radius membolehkan seseorang memutarkan lengan bawah dan memusingkan tapak tangan ke atas dan ke bawah. | UMUM | |
TIANG BATU ROLLRIGHT | Tiang batu Rollright ialah sekumpulan kira-kira 60 batang tiang batu yang membentuk satu bulatan yang garis pusatnya lebih kurang 30 meter. Ia terletak di atas sebuah bukit di atas perkampungan Long Compton, di Oxfordshire, England. Ia juga dikenali sebagai King’s Men . Tiang yang terbesar dalam bulatan ini melebihi 2 meter tinggi. Tiang batu Rollright ini telah dibina pada awal Zaman Gangsa. Berhampiran dengannya terdapat peninggalan sebuah kamar perkuburan yang dibina pada zaman yang sama, yang dikenali sebagai Whispering Knights . | UMUM | |
NADIR | Nadir ialah titik di angkasa yang betul-betul berada di atas kepala seseorang yang berdiri. Bagi seseorang pemerhati di bumi, langit kelihatan seperti separuh kubah dengan bahagian tepinya membentuk satu bulatan besar yang terletak di atas permukaan bumi yang rata. Bayangkan satu garisan ladung tergantung dari bahagian pusat kubah ini, betul-betul di atas kepala anda, dan melalui pusat bumi ke angkasa sehingga ke titik pusat separuh kubah yang tidak kelihatan itu yang terletak di bawah bumi. Kedua-dua titik yang menandakan penghujung garisan ladung yang kita bayangkan tadi, ialah zenit dan nadir. Titik-titik ini ialah kutub bagi ufuk, dan setiap satunya berkedudukan 90° darjah dari ufuk tersebut. Lihat juga Zenit. | UMUM | |
STRATOSFERA | Stratosfera ialah suatu lapisan atmosfera bumi. Ia terletak di atas troposfera, iaitu lapisan atmosfera yang terdekat dengan bumi. Stratosfera bermula lebih kurang 10 kilometer di atas permukaan bumi di kawasan kutub dan lebih kurang 16 kilometer di kawasan khatulistiwa. Sempadan atasnya yang dikenali sebagai stratopaus, terletak pada ketinggian lebih kurang 48 kilometer. | UMUM | |
MADRID | Madrid (pend. 2 909 792) ialah ibu negara dan bandar raya terbesar Sepanyol. Ia terletak di atas sebuah penara setinggi 650 meter di atas aras laut dan merupakan salah sebuah ibu negara yang tertinggi di Eropah. Madrid menjadi ibu negara kerana lokasinya dari segi geografi yang terletak di tengah Sepanyol. Untuk lokasi, lihat Sepanyol (peta politik). | UMUM | |
PUNCAK MENARA | Puncak menara , istilah seni bina yang digunakan untuk menggambarkan struktur tirus yang terletak di atas sebuah menara. Kebanyakan puncak menara tinggi dan meruncing ke atas. Ia mungkin berbentuk seperti piramid yang memanjang, berbentuk kon atau oktagon. Kebanyakan puncak menara diperbuat daripada batu atau kayu yang dilitupi dengan kerikil atau sabak. | UMUM | |
ROADRUNNER | Roadrunner ialah burung yang terbang pantas, yang hidup di atas tanah, yang terdapat di semak samun di barat daya Amerika Syarikat dan Mexico. Roadrunner boleh terbang, tetapi ia paling selesa tinggal di atas tanah. Ia boleh berlari selaju 24 kilometer sejam. Nama roadrunner datangnya daripada tabiat burung ini yang suka berlari di jalan raya di hadapan kenderaan yang bergerak dan kemudian meluru ke dalam semak samun untuk menyelamatkan diri. Nama-nama lain bagi burung ini termasuk chaparral cock, ground cuckoo dan snake killer. | UMUM | |