SUKAN OLIMPIK | Sukan Olimpik ialah pertandingan atlet antarabangsa yang paling penting di dunia. Sukan Olimpik menemukan beribu-ribu atlet terbaik dunia untuk bertanding antara satu sama lain dalam pelbagai sukan individu dan berpasukan. Berjuta-juta orang menyaksikan sukan ini, dan lebih satu bilion orang di seluruh dunia menonton Sukan Olimpik di kaca televisyen. | UMUM | |
ZAHARIAS, BABE DIDRIKSON | Zaharias, Babe Didrikson (1911?–1956) ialah atlet Amerika yang dianggap sebagai salah seorang atlet wanita teragung dalam sejarah sukan. Dia memperoleh kemasyhurannya yang bertahan lama dalam sukan golf dan olahraga, malah dia juga bertanding dalam pasukan bola keranjang, besbol, biliard poket, tenis, menyelam, dan juga berenang. | UMUM | |
OVETT, STEVE | Ovett, Steve (1955– ) ialah salah seorang atlet olahraga Britain yang terkenal. Dia menjadi masyhur kerana berjaya memecahkan rekod dalam persaingan dengan atlet British, Sebastian Coe. Dalam Sukan Olimpik 1980 di Moscow, Ovett memenangi pingat emas dalam acara lari 800 meter dan pingat gangsa dalam acara lari 1500 meter. Pada tahun yang sama, Ovett mencatatkan rekod dunia dalam larian satu batu di Oslo, Norway, dan bagi larian 1500 meter di Koblenz, Jerman Barat. Pada tahun 1983, dia mencatatkan satu lagi rekod dunia bagi acara 1500 meter. | UMUM | |
THORPE, JIM | Thorpe, Jim (1887–1953), atlet serba boleh terbaik dalam sejarah. Thorpe menjadi pemain bola sepak kolej dan profesional Amerika dan masyhur sebagai juara olahraga Olimpik. Dia juga bermain dalam liga-utama besbol Amerika. Dalam Sukan Olimpik tahun 1912, Thorpe muncul sebagai atlet pertama yang memenangi kedua-dua acara pentatlon dan dekatlon (lihat Olahraga [dekatlon, heptatlon dan pentatlon]). Tetapi lebih kurang sebulan kemudian, pingat tersebut ditarik balik. Kesatuan Olahraga Amatur memutuskan Thorpe seorang ahli sukan profesional dan tidak layak bertanding dalam Sukan Olimpik kerana dia didapati bermain besbol dengan bayaran yang rendah. Pada tahun 1982, Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa mengembalikan pingat emas Thorpe dan memasukkan namanya dalam senarai juara Olimpik tahun 1912. | UMUM | |
DEKATLON | Dekatlon ialah pertandingan yang memakan masa selama dua hari dalam sepuluh acara untuk menentukan johan secara keseluruhan. Atlet akan bertanding dalam acara pecut 100 meter, lompat jauh, lontar peluru, lompat tinggi, dan larian 400 meter dalam urutan yang sama pada hari yang pertama. Acara pada hari kedua ialah lari berhalangan 110 meter, lempar cakera, lompat bergalah, lontar lembing dan lari 1500 meter. Atlet bertanding melawan masa dan jarak piawaian yang telah ditetapkan, bukannya bertanding antara satu sama lain. Setiap acara dapat menghasilkan hingga 1200 mata. Atlet yang meraih mata keseluruhan yang paling banyak memenangi pertandingan dekatlon ini. | UMUM | |
MELEMPAR TUKUL BESI | Melempar tukul besi ialah acara sukan di mana atlet melempar tukul (bola logam) sejauh yang terdaya. Tukul yang digunakan seberat 16 paun (7.257 kilogram). Pelempar memegang pemegang yang disambung pada tukul dengan dawai keluli sepanjang tidak lebih daripada empat kaki (1.2 meter). Atlet melempar tukul dari dalam satu bulatan bergaris pusat tujuh kaki (2.1 meter). | UMUM | |
ZAITON OSMAN | Atlet olahraga | SUKAN | Tokoh |
SAZALI SAMAD | Atlet bina badan negara | SUKAN | Tokoh |
RABUAN PIT | Rabuan Pit (1956– ), atlet dan olahragawan Malaysia. Dia lahir pada 26 April 1956 di Merlimau, Melaka. Dia mendapat pendidikan di Sekolah Kebangsaan Merlimau dan Sekolah Menengah Dato’ Abdullah Yaakob, Merlimau, Melaka. | UMUM | |
MUMTAZ JAAFAR | Mumtaz Jaafar (1962– ), atlet Malaysia. Dia lahir pada tahun 1962 di Kuala Lumpur. Kerjaya awalnya ialah pegawai bank. Dia banyak memegang jawatan utama dalam organisasi sukan olahraga, antaranya Naib Presiden Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM) dan Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Wanita KOAM. Dia kini, menjadi jurulatih khas untuk pelari pecut negara, Watson Nyambek. Penglibatan awal Mumtaz dalam sukan olahraga terutamanya dalam acara lari 100 meter, 200 meter, 4 x 100 meter, dan 4 x 400 meter, bermula dengan menyertai kejohanan-kejohanan anjuran Majlis Sukan Sekolah-sekolah Selangor (MSSS) dan Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM). Namanya terus menyinar apabila banyak meraih kejuaraan tempatan, antaranya juara Kejohanan Terbuka Kebangsaan, Kejohanan Antara Bank, dan Kejohanan MAKSAK. | UMUM | |