ATMOSFERA | Atmosfera ialah udara yang menyelubungi bumi. Ahli sains membahagikannya kepada empat lapisan: troposfera , stratosfera , mesosfera , dan termosfera . Lihat juga Bumi (Atmosfera bumi; Perkembangan awal bumi; Mesosfera; Planet (Atmosfera); Stratosfera; Termosfera; Troposfera; Udara. | UMUM | |
METEOROLOGI | Meteorologi ialah kajian ke atas atmosfera bumi dan perubahan keadaan atmosfera yang mempengaruhi cuaca. Ahli meteorologi mengukur angin, suhu, kerpasan, tekanan udara dan keadaan atmosfera yang lain. Mereka juga mengukur bahan kimia di atmosfera seperti karbon dioksida dan ozon yang mempengaruhi iklim. Dengan menganalisis data tentang atmosfera, ahli meteorologi dapat meramal keadaan cuaca. | UMUM | |
TEKANAN ATMOSFERA | Tekanan atmosfera lihat Tekanan. | UMUM | |
OZON | Ozon ialah bentuk oksigen yang terdapat dalam atmosfera bumi dalam jumlah yang kecil. Ozon yang terdapat di atmosfera atas merupakan faktor utama yang membolehkan terdapatnya kehidupan di muka bumi. Tetapi ozon yang terdapat dalam atmosfera bawah menyumbang kepada pencemaran udara. Ozon digunakan secara komersial dalam proses penyulingan air dan sebagai agen peluntur. | UMUM | |
TERMOSFERA | Termosfera ialah lapisan paling atas di atmosfera bumi. Ia bermula pada altitud lebih kurang 85 kilometer dan berterusan hingga 480 kilometer di ruang angkasa. Termosfera mengandungi hanya sebahagian kecil gas yang terdapat di atmosfera. Oleh sebab itu, tekanan atmosfera di termosfera bawah adalah satu juta kali lebih rendah daripada tekanan di aras laut. Termosfera terdedah sepenuhnya kepada sinaran matahari. Sinaran ini memanaskan atmosfera tipis di termosfera ke tahap suhu yang tinggi. Suhu meningkat dengan cepat daripada –93 ° C pada altitud 89 kilometer hingga melebihi 1500 ° C di thermopause , iaitu bahagian atas termosfera. | UMUM | |
STRATOSFERA | Stratosfera ialah suatu lapisan atmosfera bumi. Ia terletak di atas troposfera, iaitu lapisan atmosfera yang terdekat dengan bumi. Stratosfera bermula lebih kurang 10 kilometer di atas permukaan bumi di kawasan kutub dan lebih kurang 16 kilometer di kawasan khatulistiwa. Sempadan atasnya yang dikenali sebagai stratopaus, terletak pada ketinggian lebih kurang 48 kilometer. | UMUM | |
MESOSFERA | Mesosfera ialah lapisan dalam atmosfera bumi. Lapisan ini terletak di antara stratosfera dengan termosfera, iaitu lapisan paling atas atmosfera. Mesosfera bermula pada latitud kira-kira 45 kilometer dan menegak sehingga 100 kilometer. | UMUM | |
KARBON DIOKSIDA | Karbon dioksida ialah gas yang tidak berwarna dan tidak berbau. Ia wujud dalam atmosfera banyak planet termasuk atmosfera bumi. | UMUM | |
NEON | Neon ialah unsur kimia yang membentuk kira-kira satu bahagian per 65 000 dalam atmosfera bumi. Ahli kimia British, Sir William Ramsay dan Morris Travers menemuinya dalam atmosfera ketika mereka mengkaji udara pada tahun 1898. Ramsay meramalkan kewujudan gas ini setahun sebelumnya. Ramsay dan Travers lebih awal menamakan gas ini neon , sempena perkataan Yunani yang bermakna baru. | UMUM | |
UDARA | Udara atau atmosfera adalah terdiri daripada campuran gas yang mengelilingi bumi. | KIMIA | Proses/Tindak Balas |