| MOHD. EUNOS ABDULLAH | MOHD. EUNOS ABDULLAH (1876-1933), pengarang akhbar dan aktivis masyarakat Singapura. Dua lahir di Singapura . Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kampung Gelam, Singapura. Kemudian dia melanjutkan pelajaran di Raffles Institution hingga berjaya dalam bidang perdagangan (1893-1894). Selepas tamat persekolahannya, dia bertugas di pejabat Master Attendant di Singapura dan kemudiannya memegang jawatan sebagai Syahbandar di Muar, Johor. | SASTERA | Tokoh |