Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. jadual pelbagai acara (kegiatan dsb) yg telah ditetapkan utk dilaksanakan (biasanya dlm sesuatu upacara, persidangan, persembahan, dll): ~ persidangan adalah meng­ikut aktiviti jawatankuasa dan kumpul­an tertentu; masing-masing mempunyai ~ dan rancangan-rancangan tersendiri; 2. (Komp) urutan arahan berkod yg dimasukkan ke dlm komputer yg membolehkan data diproses (oleh komputer); pengaturcaraan (Komp) proses membuat atur cara komputer: dlm pendekatan ~, pelajar didedahkan kpd peranan komputer; pengatur cara 1. orang yg mengendalikan sesuatu majlis: ~ majlis; 2. (Komp) orang yg menganalisis sesuatu masalah dan menulis atur cara supaya data yg berkaitan boleh di-proses oleh komputer. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 senarai urutan acara (perkara, pertunjukkan dll) yg diikut dlm sesuatu majlis dsb; program. 2 ist urutan arahan berkod yg dimasukkan ke dlm komputer utk membolehkan data diproses (oleh komputer). pengatur cara orang yg mereka bentuk, menulis, dan menguji atur cara komputer. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata atur cara


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PERMAINAN ELEKTRONIK

Permainan elektronik ialah bentuk permainan

yang dikawal oleh sebuah komputer yang sangat

kecil, dikenali sebagai mikropemproses. Semua

permainan elektronik mempunyai atur cara (program

iaitu set suruhan untuk komputer ). Kebanyakan alat

permainan elektronik disambungkan ke skrin video.

Oleh sebab itu, permainan ini sering juga dipanggil

permainan video .

UMUM 
MIR IMAD AL-HUSNI

Mir Imad al-Husni (961 H. –1024 H./ 1554 M.–1015

M.), salah seorang penulis khat Iran. Dia lahir di

Qazwin – ibu kota bagi kerajaan Safawiyin selepas

bandar Tabriz. Tulisan khat parsinya (naskh at-taqliq)

mempunyai nilaian yang sangat tinggi, bahkan

tulisan khat parsinya dianggap sebagai puncak

kecemerlangan khat parsi yang dipelajarinya di

Tabriz dari Mulla Muhammad Hussein al-Tabrizi.

Dari situlah dia menekuninya, kemudian

mencantikkannya dan menjadikannya lebih

terkehadapan sehingga sampailah ia ke kemuncak

kejayaan dalam kesenian itu, ditambah lagi dengan

kepakarannya dalam khat-khat yang lain.

Keistimewaan cara dan gaya tulisan khatnya terletak

pada keindahan hubungan dalam khat tersebut,

perinciannya, ketangkasan dan atur hurufnya.

UMUM 

Kembali ke atas