Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[au.ro.ra] | اءورورا

Definisi : fenomena berupa cahaya terang yg kelihatan di langit pd malam hari, berbentuk jalur atau tirai yg biasanya berwarna merah, hijau atau ungu; ~ australis aurora yg kelihatan pd waktu malam di sekitar Kutub Selatan; ~ borealis aurora yg kelihatan pd waktu malam di sekitar Kutub Utara. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata aurora


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
AURORA

Aurora ialah pancaran cahaya semula jadi di

langit yang hanya boleh dilihat oleh mata kasar

pada waktu malam. Aurora di Hemisfera Utara

dikenali sebagai aurora borealis , atau cahaya

utara . Aurora di Hemisfera Selatan dikenali

sebagai aurora australis . Aurora ialah kesan

paling nyata daripada aktiviti matahari pada

atmosfera bumi.

UMUM 
MAGNETOHIDRODINAMIK

Magnetohidrodinamik, sering kali

disingkatkan sebagai MHD, ialah kajian tentang

cara medan elektrik dan medan magnet bersaling

tindak dengan bendalir yang mengalirkan arus

elektrik. Bendalir ini termasuk logam cecair dan

gas yang terion pada kadar yang amat tinggi yang

disebut sebagai plasma. MHD memainkan peranan

penting dalam pembinaan penjana kuasa dan

sistem pendorongan yang menggunakan bendalir

yang mengalirkan arus elektrik. MHD juga

membantu ahli sains memahami kesan elektrik dan

kesan magnet di sekeliling bumi dan di matahari.

Kesan ini termasuk tompok matahari, ribut magnet

dalam medan magnet bumi, dan aurora (cahaya

utara dan selatan).

UMUM 

Kembali ke atas