KOR PENERBANGAN AUSTRALIA | Kor Penerbangan Australia (Australia Flying Corps) ialah angkatan udara pertama Australia di Australia. | UMUM | |
AUSTRALIA, KERAJAAN | Australia, Kerajaan. Australia ialah persekutuan yang terdiri daripada enam negeri, dua wilayah tanah besar, dan lapan wilayah luar. Lihat Australia (peta politik). | UMUM | |
AUSTRALIA, KESUSASTERAAN | Australia, Kesusasteraan . Kesusasteraan di Australia merupakan kumpulan besar penulisan dalam bahasa Inggeris yang dihasilkan oleh para pengarang yang lahir atau tinggal di Australia. Semenjak Australia menjadi negara berkerajaan sendiri pada awal tahun 1900-an, kesusasteraan Australia telah menjadi sebahagian daripada pergerakan kesusasteraan pasca penjajahan umum yang juga termasuk kesusasteraan Kanada, New Zealand, India, dan Afrika. Pengarang Australia kebanyakannya berketurunan peneroka atau penjajah Eropah yang mula tiba di Australia pada tahun 1780- an. Hasilnya, kesusasteraan Australia mempunyai ikatan dengan tradisi kebudayaan Eropah. Tetapi ia juga telah mengembangkan tema dan gaya kesusasteraannya yang tersendiri, yang menunjukkan banyak respons pengarang terhadap negara baru. | UMUM | |
PARTI BURUH AUSTRALIA | Parti Buruh Australia (Australia Labour Party (ALP)) ialah parti politik tertua di Australia. Parti ini lahir daripada gerakan buruh tahun 1890-an dan banyak kesatuan sekerja yang masih mempunyai kaitan dengan parti ini. ALP menganggap entitinya sebagai “parti sosialis demokratik”. Parti ini menekankan keperluan membahagikan semula kuasa politik dan kuasa ekonomi, dan mencegah kawalan industri secara monopoli oleh firma swasta yang besar. Pada peringkat persekutuan, terdapat tiga golongan dalam ALP yang dikenali sebagai Kanan, Kiri Tengah, dan Kiri. | UMUM | |
AUSTRALIA | Australia ialah satu-satunya negara yang juga sebuah benua. Dari segi keluasan, Australia adalah negara yang keenam terbesar dan benua yang terkecil. Australia terletak di antara Lautan Pasifik Selatan dengan Lautan Hindi. Bahagian Lautan Hindi di selatan Australia dinamakan Lautan Selatan di negara ini. Australia terletak kira-kira 11 000 kilometer di barat daya Amerika Utara dan kira-kira 3000 kilometer di tenggara tanah besar Asia. Australia sering dirujuk “sebagai negara bawah angin” kerana ia pada keseluruhannya terletak di dalam Hemisfera Selatan. Nama Australia berasal daripada perkataan Latin australis , yang bermakna selatan . Nama rasmi negara ini ialah Komanwel Australia . | UMUM | |
ORANG ASLI AUSTRALIA | Orang Asli Australia ialah orang Australia yang nenek moyangnya adalah orang pertama yang tinggal di Australia. | UMUM | |
MISI PEDALAMAN AUSTRALIA | Misi Pedalaman Australia ialah organisasi yang menyediakan bantuan kepada penduduk di kawasan pedalaman Australia. Misi Pedalaman Australia ini ditubuhkan oleh Gereja Presbyterian pada tahun 1912, selepas suatu laporan tentang kawasan pedalaman dibuat oleh salah seorang paderinya, John Flynn. Flynn kemudian menjadi penyelenggara dan pengawas kerja misi ini. Paderi rondaan pedalaman yang pertama – Robert Bruce Ploughman di Australia Selatan dan William James Stephens di Australia Barat –memulakan kerja mereka pada tahun 1913. Pada tahun 1928, misi ini menubuhkan Perkhidmatan Perubatan Udara. Pada tahun berikutnya, peti wayarles berpedal yang pertama dipasang di Augustus Downs, di utara Queensland. Pada tahun 1939, Perkhidmatan Perubatan Udara itu menjadi Perkhidmatan Doktor Terbang. | UMUM | |
AUSTRALIA, SISTEM PERUNDANGAN | Australia, Sistem perundangan. Sistem perundangan Australia sebahagian besarnya berdasarkan sistem perundangan England. Banyak undang-undang Australia kini berasal daripada undang-undang Inggeris yang dibawa oleh peneroka awal. Tetapi, Australia adalah persekutuan enam buah negeri. Dalam pengertian sebenar, Australia mempunyai beberapa sistem perundangan, bukannya satu. Ini kerana setiap negeri mempunyai sistem mahkamah negerinya sendiri dan mempunyai undang-undang yang hanya dilaksanakan di dalam negeri. Di samping itu, Australia mempunyai sistem mahkamah persekutuan dan undang-undang persekutuan yang dilaksanakan di seluruh negara. | UMUM | |
AUSTRALIA BARAT | Australia Barat ialah negeri yang terbesar daripada enam negeri di Australia. Ia meliputi satu per tiga daripada bahagian barat Australia. Tetapi, negeri ini hanya mempunyai lebih kurang sembilan peratus daripada keseluruhan penduduk Australia. Di kawasan pedalaman Australia Barat, terdapat kawasan gurun dan separa gurun yang luas. | UMUM | |
AUSTRALIA, BOLA SEPAK PERATURAN | Australia, Bola Sepak Peraturan ialah permainan musim sejuk yang sangat popular di negeri-negeri selatan Australia. Nama rasmi nya ialah Bola Sepak Australia . Permainan ini, yang dicipta oleh orang Australia, dimainkan terutamanya di Australia dan di Papua New Guinea. | UMUM | |