Autisme ialah gangguan perkembangan yang teruk yang bermula sebelum kanak-kanak berumur empat tahun. Keadaan ini jarang berlaku dan muncul sebagai sekumpulan simptom, yang paling jelas ialah ketidakupayaan untuk berhubung dengan orang lain. Autisme tulen, juga dikenali sebagai autisme kebayian awal atau autisme kebayian , terjadi pada lebih kurang seorang dalam setiap 700 orang kanak-kanak. Kanak-kanak lelaki lebih mudah terkena penyakit ini berbanding dengan kanak-kanak perempuan. Belum ada penawar lagi bagi penyakit ini. Istilah autistik kadangkala digunakan untuk memerihalkan orang yang mengalami masalah emosi yang teruk yang menyamai autisme. |