AUTOBIOGRAFI | Autobiografi adalah satu jenis penulisan biografi. Dalam autobiografi penulis menceritakan riwayat hidup dirinya sendiri. Autobiografi menceritakan keadaan hidup peribadi orang yang menarik kepada pembaca. Ia juga memberikan maklumat oleh pemerhati sebenar tentang peristiwa sejarah atau cerita oleh orang yang membantu mencipta sesuatu peristiwa. Sesetengah orang menggunakan autobiografi untuk menerangkan atau mewajarkan tindakan dalam hidup mereka. Sesetengah autobiografi diilhamkan oleh perasaan nostalgia yang berkaitan dengan zaman silam penulis. Yang lainnya pula ditulis oleh orang masyhur yang berasa bahawa mereka boleh memperoleh wang dari minat orang ramai yang ingin tahu tentang kehidupan mereka. | UMUM | |
WHITE, PATRICK | Penulis novel, puisi, cerpen, drama dan autobiografi. | SASTERA | Tokoh |
KISAH PELAYARAN ABDULLAH | Kisah Pelayaran Abdullah ialah sebuah karya autobiografi yang ditulis oleh Abdullah Abdul Kadir Munsyi (1796–1854) atau lebih dikenali sebagai Abdullah Munsyi. Buku ini telah dicetak oleh Penerbit E. J. Brill di Belanda pada tahun 1889. | UMUM | |
STRINDBERG, AUGUST | Strindberg, August (1849–1912), penulis Sweden, ialah salah seorang tokoh utama dalam sejarah drama moden. Eksperimennya dalam bentuk drama, ekspresinya yang dinamik, dan bahasanya yang menyerlah mempengaruhi perkembangan naturalisme dan juga ekspresionisme dalam drama. Strindberg juga menulis novel, cerpen, esei, puisi, dan karya-karya autobiografi. | UMUM | |
KISAH PELAYARAN MUHAMMAD IBRAHIM MUNSYI | KISAH PELAYARAN MUHAMMAD IBRAHIM MUNSYI, karya autobiografi. Kisah Pelayaran Mohammad Ibrahim Munsyi, dikarang oleh Ibrahim bin Haji Abdullah Munsyi. Apabila dia meninggal dunia, karangan ini berada di tangan saudaranya, Muhamad Khalid. Muhammad Khalid kemudian menyerahkan karangan ini kepada Haji Muhammad Said. Dengan perkenan Duli Yang Maha Mulia Ibrahim, Sultan Yang dipertuan bagi negeri dan jajahan Johor, Kisah Pelayaran Muhammad Ibrahim Munsyi dicetak pertama kali dalam tulisan jawi pada tahun 1919,. Kemudian dalam tahun 1956, naskhah ini dicetak semula tanpa melakukan apa-apa perubahan. Kedua-duanya dicetak oleh Jabatan Cetak Negeri Johor di Johor Bahru. | SASTERA | Karya |
PADA SEBUAH KAPAL | PADA SEBUAH KAPAL, novel karya Nh. Dini. Novel ini diterbitkan oleh Pustaka Jaya di Jakarta pada tahun 1973. Pada Sebuah Kapal merupakan karya semi-autobiografi. Banyak peristiwa yang terjadi dalam kehidupan Nh. Dini, seperti perkahwinannya dengan seorang diplomat Perancis dan ketidaksesuaian pasangan suami isteri dipaparkan dalam novel ini. Para pengkritik pula menganggap novel ini sebagai karya yang bermutu. | SASTERA | Penerbitan |
SMETANA, BEDRICH | Smetana, Bedrich (1824–1884) ialah penggubah Czech. Dia dan Antonín Dvorák dianggap sebagai pengasas pusat pengajian muzik kebangsaan Czech. Lapan opera Smetana memulakan tradisi opera kebangsaan di Czech. Operanya yang termasyhur ialah The Bartered Bride (1866). Namun, opera yang paling patriotik ialah Libuse (1872). Siri enam puisi simfoninya, Ma Vlast (My Fatherland, 1879) juga terkenal. Ini termasuklah River Moldau yang dikenali ramai. Kuartet Alat Tali dalam E minor autobiografi Smetana iaitu From My Life (1876), mempengaruhi kuartet selepasnya oleh Leo Janácek, penggubah berketurunan Czech. | UMUM | |
SAND, GEORGE | Sand, George (1804–1876) ialah nama pena Amantine-Aurore-Lucile Dupin, seorang penulis wanita Perancis pada tahun 1800-an. Karyanya dikagumi oleh para penulis agung zamannya. Tulisan Sand sudah tidak lagi disukai selepas dia meninggal dunia dan dia dikenang hanya kerana cara hidupnya serta percintaannya yang mengejutkan dengan penggubah Frédérick Chopin dan penyair Alfred de Musset. Dia melanggar tatasusila sosial dengan menghisap cerut dan memakai pakaian lelaki. Semenjak gerakan wanita muncul pada pertengahan tahun 1900- an, karya Sand telah dijumpai semula dan dia menarik perhatian yang kritis sebagai novelis dan penulis autobiografi. | UMUM | |
AUER, LEOPOLD | Auer, Leopold (1845–1930), pemain violin Hungary, menjadi salah seorang guru violin yang paling terkenal pada zamannya. Auer memulakan kaedah baru bermain violin dan teknik tunduk. Pada tahun 1868, dia menjadi profesor di Kolej Muzik St. Petersburg, Rusia. Beliau memegang jawatan ini hingga tahun 1917. Antara pelajar-pelajarnya yang terkenal ialah Mischa Elman, Jascha Heifetz dan Nathan Milstein. Auer menulis tentang kaedah dia mengajar dalam Violin Playing as I Teach It (1921) dan Violin Masterworks and Their Interpretation (1925). Dia juga menulis sebuah autobiografi, My Long Life in Music (1923). Auer lahir di Veszprém. | UMUM | |
NOVEL REMAJA | NOVEL REMAJA, karya sastera genre prosa untuk bacaan remaja dalam lingkungan usia 13 hingga 20 tahun. Novel remaja mempunyai ketebalan antara 120 hingga 200 halaman. Seperti novel kanak-kanak, novel remaja juga menampilkan tema pengembaraan atau adventur, keluarga, sejarah, fantasi, cereka sains, kegamaan, muhibah, penyiasatan atau detektif, kerjaya, dunia pelajar, seram, biografi dan autobiografi. | SASTERA | Penerbitan |