Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.vant.garde] | اوانت-ݢردى

Definisi : (Perancis) bersifat baru dan progresif (bkn idea, kesenian, kesusasteraan dsb): sebuah lukisan ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata avant-garde


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
AVANT-GARDE

Avant-garde ialah istilah yang digunakan untuk

memerikan orang dalam apa jua bidang, yang

memecahkan piawaian tradisi dan kelaziman dalam

pekerjaan mereka. Istilah ini digunakan terutamanya

untuk menerangkan perubahan dalam seni.

Seniman avant-garde menekankan eksperimen dan

kaedah asli dan menentang cara yang sudah sedia

diterima dalam melakukan sesuatu pekerjaan.

Mereka kadangkala mengecam ciri seni yang

lampau dan ciri semasa malahan idea seni itu

sendiri. Pada awal tahun 1900-an, contohnya, pelukis

Perancis, Marcel Duchamp mereka ukiran yang

berlainan daripada objek seharian untuk

mempersenda kepercayaan bahawa seni ialah

sesuatu yang ajaib.

UMUM 

Kembali ke atas