Surah al-Ra’d ialah salah satu daripada surah Madaniyyah, surah ke-13 mengikut susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi 43 ayat. Surah ini dinamakan al-Ra‘d (bunyi guruh) kerana disebut kejadian alam (bunyi guruh) yang ajaib itu di dalam surah ini untuk menunjukkan kehebatan dan kekuasaan Allah S.W.T. Allah S.W.T. menjadikan air sebagai sumber kehidupan yang diturunkan dari awan. Di sebalik kejadian awan itu, tersirat pula dua perkara iaitu rahmat dan bencana kerana ia membawa hujan dan juga petir. Melalui air, wujudnya kehidupan dan melalui petir, wujudnya kebinasaan. |