AWANG SEMAUN | AWANG SEMAUN, tokoh legenda Brunei. Wataknya mucul melalui karya sastera sejarah yang berjudul Syair Awang Semaun. Ketokohan Awang Semaun dalam masyarakat Melayu Brunei, dapat dibandingkan dengan ketokohan Hang Tuah bagi masyarakat Melayu amnya. | SASTERA | Konsep |
AWANG HAD SALLEH, TAN SRI | Awang Had Salleh, Tan Sri (1934– ) ialah ahli akademik, pendidik dan penulis. Dia lahir pada 24 Jun 1934 di Balik Pulau, Pulau Pinang. Pada tahun 1951, dia memasuki Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI), Tanjong Malim. Apabila tamat, dia menjadi guru di Sekolah Melayu Derga, Alor Setar pada tahun 1954 hingga 1956. Pada tahun 1958 hingga 1959, dia menuntut di Maktab Bahasa, Johor Bharu. Pada tahun 1961 hingga 1964, dia melanjutkan pelajarannya ke Universiti Malaya dalam bidang sastera. Pada tahun 1969, dia menyambung pelajarannya ke Stanford University, California dan memperolehi ijazah Doktor Falsafah dalam bidang pendidikan dan sosiologi. | UMUM | |
USMAN AWANG, Dato' | USMAN AWANG, Dato’ (1929 - ), penyair, penulis dan Sasterawan Negara yang ketiga. Dia lahir pada 12 Julai 1929 di Kampung Tanjung Lembu, Kuala Sedili, Kota Tinggi, Johor. Nama penuhnya ialah Usman bin Awang. Dia juga terkenal dengan nama penanya Tongkat Warrant. Selain itu dia pernah menggunakan nama pena seperti Adi Jaya, Atma Jiwa, Manis, Pengarang Mua, Rose Murni, Setiabudi, U.A. dan Zaini. Sebagai penyair, dia terkenal bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di luar Negara melalui karya-karya puisinya yang diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa seperti bahasa Inggeris, Rusia, Cina, Tamil, Itali, Perancis, Thai, Jepun, Korea, Danish dan Czechoslovak. | SASTERA | Tokoh |
SYAIR AWANG SEMAUN | SYAIR AWANG SEMAUN, puisi Melayu tradisional. Syair ini ialah sebuah syair sejarah yang menceritakan permulaan sejarah Brunei dan asal usul rajanya. Syair ini hanya terdapat di Brunei. Dalam koleksi manuskrip Melayu yang tersimpan di Muzium Brunei tersimpan empat jilid syair ini bertaip dalam tulisan Rumi. Terdapat sembilan syair ini dalam koleksi Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei yang terdiri daripada beberapa versi yang lengkap dan tidak lengkap. Ada beberapa di antaranya yang merupakan versi otentik dalam tulisan Jawi, sementara yang lain adalah salinan dalam tulisan Rumi. | SASTERA | Konsep |
KHATIJAH AWANG | KHATIJAH AWANG (1941- ), penari makyung. Dia lahir pada 3 Ogos 1941 di Kubang Kubur Kuda, Kota Bharu, Kelantan dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Langgar, Kota Bharu hingga Darjah Empat. | BUDAYA | Tokoh |
PANGLIMA AWANG | PANGLIMA AWANG, novel karya Harun Aminurrashid. Novel ini dicetak oleh Pustaka Melayu, Singapura pada tahun 1958. Hingga tahun 1972, novel ini telah diulang cetak sebanyak 12 kali oleh penerbit yang sama. <I style="mso-bidi-font-style: normal">Panglima AwangI> pernah dijadikan teks wajib mata pelajaran Kesusasteraan Melayu dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun-tahun 1960-an selama beberapa tahun. | SASTERA | Penerbitan |
MOECHTAR AWANG | MOECTHAR AWANG (1956- ), penyair. Dia lahir pada 19 Februari 1956 di Kota Bharu, Kelantan. Dia menerima pendidikan di Maktab Sultan Ismail, Kota Bharu hingga lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Kemudian dia memasuki Maktab Adabi dan lulus Sijil Tinggi Persekolahan (STP). Dia mendapat Sijil Penulisan Kreatif dari Universiti Sains Malaysia dan kemudian menyambung pelajarannya di Universiti Malaya dalam jurusan Penulisan Kreatif dan Deskriptif hingga berjaya mendapat ijazah Sarjana Muda Sastera pada tahun 1986. | SASTERA | Tokoh |
HADI AWANG | HADI AWANG (1947 - ), ulama, pendakwah dan tokoh politik PAS. Dia lahir pada 20 Oktober 1947 di Rusila, Marang, Terengganu. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
AWANG SELAMAT | | BUDAYA | Konsep |
AWANG LUTUNG | | SASTERA | Konsep |