Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.was] | اوس

Definisi : 1. tajam pandangan (pelihatan), dapat melihat dgn baik: mata pemburu itu ~ sekali; 2. kebolehan yg luar biasa utk menilik (melihat) sesuatu yg ghaib, tajam tiliknya; 3. (ber)hati-hati, berjaga-jaga, waspada: kita harus ~ akan gerak-geri mereka; ~, jalan raya sedang dibaiki; berawas, berawas-awas berhati-hati (dgn melihat-lihat ke sana sini dsb), beringat-ingat, berjaga-jaga: harus ~ sewaktu menyeberangi sungai itu; mengawas = mengawasi; mengawasi 1. memerhatikan (tingkah laku atau gerak-geri dsb seseorang), mengamati (utk mengelakkan berlakunya sesuatu yg tidak baik dsb): beberapa orang anggota polis ~ gerak-geri orang-orang yg disyaki itu; ia ~ anaknya yg sedang bermain-main di pantai; 2. menjaga, memerhatikan dan mengawal, mengamat-amati: sengaja diupah orang utk ~ rumah itu siang dan malam; 3. mem­berikan perhatian serta mengawal (supaya ter­atur atau berjalan dgn baik dsb): ~ pelak­sanaan sesuatu projek; ~ perjalanan me­syuarat; pengawasan perihal (perbuatan dsb) meng­awas(i), penjagaan, pemeriksaan: budak itu sekarang di bawah ~nya; mereka masih di bawah ~ polis; projek-projek di bawah ~ kerajaan pusat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.was] | اوس

Definisi : 1 hati-hati; hemat: ~! Kanak-kanak sekolah melintas di sini. 2 dpt melihat dgn terang; tajam penglihatannya: Walaupun sudah tua, matanya masih ~. berawas (-awas) melihat-lihat dgn penuh perhatian atau dgn hati-hati; berjaga-jaga; berwaspada: Kita hendaklah sentiasa ~ supaya selamat. mengawasi 1 memperhatikan tingkah laku seseorang dll: Pihak polis telah ~ gerak-geri mereka sejak beberapa waktu yg lalu. 2 memeriksa dan menjaga supaya teratur; mengamat-amati: Seorang pegawai telah dilantik utk ~ perjalanan yayasan itu. pengawasan perbuatan atau hal mengawasi; penjagaan: Asrama tsb telah diletakkan di bawah ~ seorang guru. pengawas orang yg mengawasi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata awas


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
AWASAWAS, pertubuhan sayap kiri, Bahagian Wanita, Parti Kebangsaan Melayu Malaysia (PKMM), AWAS ialah singkatan Angkatan Wanita Sedar. Parti ini ditubuhkan pada tahun SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
BATASBatas, cawangan daripada Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM). BATAS ialah singkatan Barisan Tani SeMalaya, ditubuhkan selepas penubuhan Angkatan Pemuda Insaf (API) dan Angkatan Wanita Sedar (AWAS) sekitar tahun 1947.  SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep
ANGKATAN WANITA SEDAR

Angkatan Wanita Sedar, pertubuhan wanita Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM). Angkatan Wanita Sedar atau akronimnya AWAS ditubuhkan pada tahun 1946 dan diketuai oleh Aishah Ghani, wartawan akhbar Pelita Malaya.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
SHAMSIAH FAKEH

SHAMSIAH FAKEH (1922-      ), aktivis politik berhaluan kiri dan bekas Ketua Umum Angkatan Wanita Sedar (AWAS).  Dia lahir di Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Shamsiah adalah anak kedua daripada lapan orang adik-beradik.  Bapanya bernama Sutan bin Sulaiman,  seorang peniaga yang diberi gelaran ‘Fakih’ kerana ilmunya dalam bidang agama.  Ibunya bernama Sa Asma binti Nonggok.  Kedua-dua orang tuanya yang berasal dari Padang, Sumatera, berhijrah ke Semenanjung Tanah Melayu dan menetap di Kuala Pilah.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
PRMPRM, parti politik. PRM ialah singkatan Parti Rakyat Malaya. Parti ini ditubuhkan pada 11 September 1955 di Kuala Lumpur. Rancangan penubuhan parti ini dibuat setelah beberapa buah parti kiri lain yang menentang dan menuntut kemerdekaan daripada British seperti Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), Angkatan Pemuda Insaf (API), Angkatan Wanita Sedar (AWAS), Hizbul Muslimin dan Parti Komunis Malaya (PKM) diharamkan pada tahun 1948. Berikutan pengharaman ini, lebih 12 000 orang anggota dan pemimpin yang memperjuangkan kemerdekaan telah ditangkap.SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep

Kembali ke atas