Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sentiasa kelihatan lebih muda drpd usia sebenar; mengawet muda membuat supaya (sentiasa) kelihatan muda, mengelakkan atau melam­bat­kan penuaan diri seseorang: sari Aloe Vera terkenal dgn khasiatnya utk ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : sentiasa kelihatan lebih muda drpd usia sebenar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
muda (adjektif)
1. Dalam konteks orang
bersinonim dengan belia, masih remaja, masih mentah, budak, masih hijau, setahun jagung, ubun-ubun masih lembik, masih berhingus,
Berantonim dengan tua

2. Dalam konteks buah
bersinonim dengan belum masak, belum tua, masih hijau,
Berantonim dengan tua

3. Bersinonim dengan masih awal: belum lama, belum menghujung,
Berantonim dengan lewat

Kata Terbitan : kemuda-mudaan, pemuda,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SIBIL

Sibil ialah gelaran untuk ahli nujum wanita yang

sudah berusia pada zaman Rom purba. Ahli nujum

yang terkenal ialah Sibil Cumaen. Menurut

mitologi, dewa Apollo berjanji bahawa Cumaen

boleh hidup setahun bagi setiap butir pasir yang

boleh digenggam di dalam genggamannya. Walau

bagaimanapun, Apollo tidak menganugerahinya

sifat awet muda dan dia pun kelihatan semakin hari

semakin tua. Sibil Cumaen membawa Aeneas,

pahlawan Trojan, ke dunia untuk mengetahui masa

depan Rom. Kemudian, dia menawarkan diri untuk

menjual sembilan buah buku mengenai ramalan

yang dikenali sebagai Sibylline Books, pada harga

yang tinggi kepada raja Rom. Apabila raja

menolaknya sebanyak dua kali, Sibil membakar

tiga buah buku setiap kali. Raja Rom akhirnya

membayar harga asal untuk hanya tiga buah buku.

Buku ini dijadikan bahan rujukan semasa

menghadapi saat-saat bahaya sehinggalah buku ini

musnah dalam kebakaran pada tahun 83 S.M.

UMUM 

Kembali ke atas