MARGRETHE II | Margrethe II (1940– ) ialah Ratu Denmark. Baginda mewarisi takhta ayahanda baginda, Frederik IX, pada tahun 1972. | UMUM | |
SULTAN ABU SHAHID | SULTAN ABU SHAHID ( ? - 1446), Sultan Melaka yang keempat (1444 – 1446). Nama sebenar baginda ialah Raja Ibrahim. Mengikut sumber Portugis dan China, nama baginda disebut juga sebagai Parameswara Dewa Syah. Baginda adalah putera Sultan Muhammad Syah dan bondanya puteri Raja Rokan, Sumatera. Ayahanda baginda juga mempunyai seorang lagi isteri bernama Tun Wati binti Mani Purindan, adik kepada Tun Ali yang kemudiannya memegang gelaran Seri Nara Diraja. Perkahwinan ayahanda baginda dengan Tun Wati melahirkan Raja Kassim (Sultan Muzaffar Syah). Ini bererti Raja Ibrahim dan Raja Kassim bersaudara tiri. Walaupun dikatakan berpangkat adik dengan Raja Kassim, tetapi akibat pengaruh bondanya yang pada ketika itu menjadi Raja Perempuan Melaka dan baginda anak gahara, maka Raja Ibrahim ditabalkan sebagai Sultan Melaka setelah kemangkatan Sultan Muhammad Syah. Baginda memakai gelaran Sultan Abu Shahid. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
OLAV V | Olav V (1903–1991) menjadi raja Norway pada tahun 1957 apabila ayahandanya, Raja Haakon VII, mangkat. Olav lahir di England, dan pergi ke Norway semasa berusia dua tahun. Baginda memasuki Norwegian War College dan Oxford University. Baginda sering berkhidmat sebagai pemangku raja semasa ayahanda baginda gering. Olav merupakan ketua tentera pertahanan Norway dalam Perang Dunia II (1939–1945). Permaisurinya, Puteri Martha dari Sweden, mangkat pada tahun 1954. | UMUM | |
SULTAN IBRAHIM SYAH | SULTAN IBRAHIM SYAH ( ? -1826), Sultan Selangor yang kedua (1782-1826). Raja Ibrahim ditabal sebagai Sultan Selangor menggantikan ayahanda baginda, Sultan Sallehuddin Syah (Raja Lumu). Baginda memakai gelaran Sultan Ibrahim Syah. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
SETI I | Seti I (memerintah pada tahun 1303–1290 S.M.) ialah raja Mesir purba. Pada peringkat awal pemerintahannya, baginda telah mengadakan sekurang-kurangnya dua kempen di Syria sebagai usaha untuk merisik perkembangan kaum Hitit dan menubuhkan semula empayar Thutmose III di Palestin dan Syria. Seti membina Kuil Abydos. Baginda juga menghiasi tembok Great Hypostyle Hall (dewan yang bertiang) di Karnak, yang dimulakan oleh ayahanda Ramses I dan disempurnakan oleh puteranya Ramses II. Makamnya yang merupakan binaan paling indah di Lembah Raja, telah ditemui pada tahun 1817 manakala mumianya bersama-sama dengan mumia Ramses II ditemui pada tahun 1881, dalam satu makam lain berhampiran Dayr al-Bahri. | UMUM | |
SULTAN MUHAMMAD SYAH IBNI SULTAN ABDUL RAHMAN | SULTAN MUHAMMAD SYAH IBNI SULTAN ABDUL RAHMAN ( ? -1841), Sultan Riau-Lingga yang kedua (1832-1841). Sultan Muhammad Syah juga dikenal sebagai Tengku Besar. Baginda ditabal sebagai Sultan Riau-Lingga selepas kemangkatan ayahanda baginda, Sultan Abdul Rahman, pada 9 Ogos 1832. Sebaik sahaja ditabalkan sebagai sultan, baginda telah melantik Raja Abdul Rahman, cucu kepada Raja Haji dari Riau, sebagai Yang Dipertuan Muda Bugis, menggantikan bapanya Raja Jaafar. Sultan Muhammad Syah telah mengarahkan Yang Dipertuan Muda Abdul Rahman menyerang Inuk, jajahan Johor yang berada di bawah pemerintahan Raja Merkung dan Raja Markasan. Kedua-duanya adalah ketua lanun yang dikatakan merompak, melanun dan sering mengganggu perdagangan di kawasan tersebut. Raja Merkung dapat dikalahkan dan dihukum pancung. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
RAJA CHULAN RAJA HAMID | RAJA CHULAN RAJA HAMID ( ? - ?), pujangga istana. Dia adalah kerabat diraja Perak yang hidup antara penghujung abad ke-17 dan awal abad ke-18. Ayahandanya, Raja Hamid, bersaudara dengan Sultan Muhammad Syah, ayahanda Sultan Iskandar Syah. Justeru itu, dia amat memahami hal adat istiadat istana. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
PANGERAN MUDA HASHIM | PANGERAN MUDA HASHIM ( ? - ? ), pemimpin Sarawak. Dia berasal daripada kerabat diraja Brunei. Dia anak kepada Sultan Muhammad Kanzul Alam dan ayahanda saudara kepada Sultan Omar Ali Saifuddien 11, Sultan Brunei. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
RAJA BUANG IBNI RAJA KECIL | RAJA BUANG IBNI RAJA KECIL (? -1760), Raja Siak yang kedua (1746-1747) dan (1754-1760). Raja Buang adalah anak Raja Kecil dengan Tengku Kamariah, puteri Sultan Abdul Jalil dari Johor (m.m 1699-1721). Dalam Tuhfat al-Nafis, baginda lebih dikenal sebagai Tengku Mahmud. Namun, baginda lebih dikenali umum sebagai Raja Buang. Menurut laporan Syarikat Hindia Timur Belanda (VOC), nama baginda ialah Raja Muhamad. Ayahanda baginda ialah Raja Kecil, pengasas kerajaan Siak. Raja Kecil pernah menawan Riau pada tahun 1718 dan mendakwa baginda adalah putera Sultan Mahmud Syah (Marhum Mangkat Dijulang) yang dibunuh pada tahun 1699. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
SULTAN ABDUL HAMID HALIM SYAH | SULTAN ABDUL HAMID HALIM SYAH (1864 – 1943), Sultan Kedah yang ke-25 (1882 - 1943). Baginda diputerakan pada 4 Jun 1864. Baginda adalah putera Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Syah dengan isteri pertama baginda, Wan Hajar (lebih dikenal dengan gelaran Kadam Wan Besar). Walaupun Tengku Abdul Hamid adalah putera sulung, tetapi baginda mempunyai dua orang adinda yakni Tengku Zainal Rashid dan Tengku Kassim, putera ayahanda baginda dengan isteri keduanya, Wan Jah. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |