Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : zink, timah sari. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ayan I


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SAKHAWIY, ‘ABD RAHMAN AL

Sakhawiy, ‘Abd Rahman al, reformis

dan sejarawan. Nama sebenarnya ialah

Muhammad ibn ‘Abd Rahman al-Sakhawiy. Dia

berasal dari Sakha, sebuah perkampungan di

Mesir. Dia menguasai pelbagai ilmu seperti fiqh,

nahu, hadith dan sejarah. Al-Sakhawiy lahir di

Kaherah dan dibesarkan di sana serta meninggal

dunia di Madinah al-Munawwarah. Dia banyak

mengembara untuk menuntut ilmu dan

mempelajari ilmu daripada ramai guru. Antara

gurunya yang termasyhur ialah al-Hafiz ibn Hajar

al-‘Asqolaniy. Dia mempunyai hubungan yang

sangat erat dengan gurunya itu. Al-Sakhawiy juga

banyak mengarang buku. Pengarang kitab <i> ‘Hidayat i>

<i> al-‘Arifin i> telah menyenaraikan lebih kurang 130

buah kitab karangan al-Sakhawiy. Al-Zarkaliy pula

menyebut hasil karangannya melebihi 200 buah

buku. Antara karyanya yang terpenting ialah <i> al- i>

<i> Dhau’ al-Lami‘ fi Ayan al-Qarni al-Tasi‘, Fath al- i>

<i> Mughith yang menjelaskan al-Fiyat al-‘Iraqi dalam i>

<i> Ilmu al-Hadith, al-Maqasid al-Hasanat fi Bayan i>

<i> Kathir Min al-Ahadith al-Musytahirah ‘ala l- i>

<i> Alsinah, Talkhis Tarikh al-Yaman, Tabaqat al- i>

<i> Malikiyyah, Tarikh al-Madinatain, al-‘Ilan bi-al- i>

<i> Taubikh li-Man Zam al-Tarikh. i>

UMUM 

Kembali ke atas