SURAH AL-DUHA | Surah al-Duha ialah salah satu daripada surah Makkiyyah. Surah ini ialah surah yang ke-93 mengikut susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi 11 ayat. Surah ini dinamakan al-Duha sempena ayat sumpah yang terdapat di dalamnya, iaitu ayat 1 dan 2 bermaksud: “Demi waktu duha dan malam apabila ia sunyi sepi”. (Surah al-Duha 93:1–2) | UMUM | |
SUSUK | Kapsyen1"> ;1"> Cara pemakaian susuk SUSUK, sejenis azimat atau ilmu yang menggunakan jenis logam dan ayat jampi untuk menimbulkan seri wajah, melariskan perniagaan, kekebalan badan serta memikat hati orang ramai terhadap pemakainya. Susuk merupakan suatu bentuk ilmu kebatinan yang sering diamalkan oleh orang Melayu sejak zaman tradisional. | BUDAYA | Alat/Alatan |
SURAH AL-INSHIRAH | Surah al-Inshirah ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-94 mengikut susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi lapan ayat. Surah ini dinamakan al-Inshirah (perihal melapangkan dada Nabi) kerana dalam ayat pertamanya Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: “Bukankah Kami telah lapangkan dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayah petunjuk)?” (Surah al-Inshirah 94:1) | UMUM | |
PERBILANGAN | 1.25pt 0pt 0in; LINE-HEIGHT: 200%; TEXT-ALIGN: justify">PERBILANGAN, sejenis peribahasa yang panjang, lebih daripada satu ayat. Ia berbilang, lantas disebut perbilangan. Perbilangan bermakna selapis atau dua lapis. Perbilangan serupa pepatah dan berfungsi sebagai undang-undang, iaitu Undang-undang Adat Perpatih. Nama-nama lain bagi perbilangan ialah ‘perbilangan adat’, ‘gurindam adat’, ‘teromba’ dan ‘terasul’. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |
SURAH AL-GHASHIYAH | Surah al-Ghashiyah ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-88 mengikut susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi 26 ayat. Surah ini dinamakan al-Ghashiyah (hari kiamat yang huru-hara) kerana ada disebutkan di dalam ayat yang pertama sebagaimana dalam firman Allah S.W.T. yang bermaksud: “Sudahlah sampai kepadamu (wahai Muhammad) perihal hari kiamat yang huru-haranya meliputi?” (Surah al-Ghashiyah 88:1) | UMUM | |
SURAH AL-IKHLAS | Surah al-Ikhlas adalah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-112 mengikut susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi empat ayat. Surah ini dinamakan dengan al-Ikhlas (ikhlas) kerana ia menceritakan tentang kebenaran iman yang tidak diselit oleh sifat riya’. Diriwayatkan bahawa golongan musyrikin datang bertemu Rasulullah s.a.w., lantas berkata: “Wahai Muhammad, gambarkan kepada kami tentang Tuhan kamu. Adakah ia daripada emas ataupun perak, atau batu delima ataupun batu jed? Maka turunlah ayat yang bermaksud: “Katakanlah (wahai Muhammad) bahawa Allah itu Maha Esa. Allah tempat bergantung”. (Surah al-Ikhlas 112:1–2) | UMUM | |
SURAH AL-TAKWIR | Surah al-Takwir ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-81 mengikut susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi 29 ayat. Ia dinamakan al-Takwir (digulung) kerana firman Allah S.W.T. bermaksud: “Apabila matahari dilingkari cahayanya (dan hilang lenyap)”. (Surah al-Takwir 81:1) | UMUM | |
SURAH AL-QAMAR | Surah al-Qamar ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-54 mengikut susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi 55 ayat. Surah ini dinamakan dengan al-Qamar kerana diambil dari firman Allah S.W.T. yang bermaksud: “Telah hampir saat (kedatangan hari kiamat) dan terbelahlah bulan”. (Surah al-Qamar 54:1) | UMUM | |
SURAH AL-QALAM | Surah al-Qalam ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-68 mengikut susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi 52 ayat. Surah ini dinamakan dengan al-Qalam kerana pada awal surah ini Allah S.W.T. bersumpah dengan al- Qalam dalam firman-Nya yang bermaksud: “Nun. Demi al-Qur’an dan sesuatu yang mereka tulis”. (Surah al-Qalam 68:1) | UMUM | |
SURAH AL-MULK | Surah al-Mulk ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah ke-67 mengikut susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi 30 ayat. Nama surah al-Mulk (kuasa pemerintahan) diambil berdasarkan firman Allah S.W.T. yang bermaksud: “Maha Berkat (serta Maha Tinggilah kelebihan) Tuhan yang menguasai pemerintahan (dunia dan akhirat) dan memanglah Ia Maha Kuasa atas tiaptiap sesuatu”. (Surah al-Mulk 67:1) | UMUM | |