NASAFIY, ‘ABD AL-AZIZ AL- | Nasafiy, ‘Abd al-Aziz al- (?–563 H/?–1167 M), ahli Fiqh dan Usul Fiqh Mazhab Hanafi. Nama sebenarnya ialah ‘Abd al-‘Aziz ibn ‘ Uthman ibn Ibrahim al-Nasafiy. Dia belajar ilmu Fiqh di Bukhara daripada Abu al-Mufakhar ‘Abd al-‘Aziz ibn ‘Umar dan juga daripada ulama-ulama lain. Dia meriwayatkan hadith daripada ayahnya dan Abu Sa‘id al-Tuyuriy serta Raziq ibn Mu‘awiyah. Al- Nasafiy berhijrah ke Baghdad seterusnya menuju ke Khurasan dan Transoxiana. Dia dilantik sebagai kadi di Bukhara sepanjang hayatnya dan meninggal dunia ketika masih memegang jawatan tersebut. Dia menjadi pakar rujuk dalam memberi fatwa dan juga dalam menyelesaikan sesuatu masalah yang berlaku. Al-Nasafiy mempunyai beberapa hasil penulisan, antaranya ialah: al-Munqidh min aldahlal fi Masa’il al-Jadal; al-Fusul fi al-Fatawa dan Kifayat al-Fuhul fi ‘Ilm al-Usul. | UMUM | |
ABDUL AZIZ ABBAS | ABDUL AZIZ ABBAS (1941- ), penulis, Dia lahir pada 1 April 1941 di Kampung Tanjung Bayan, Teluk Intan, Perak. Aziz pernah menggunakan nama samaran Adly Azamin. | SASTERA | Konsep |
ABDUL AZIZ AL-HASNI | ABDUL AZIZ AL-HASNI, (1919-1982), penulis dan penerbit. Dia lahir pada 29 Ogos 1919 di Kampung Beranang, Selangor. Nama sebenarnya ialah Abdul Aziz bin Hassan. | SASTERA | Konsep |
SA'UD IBN 'ABD AL-'AZIZ 'ALI 'SA'UD | Sa’ud ibn ‘Abd al-‘Aziz ‘Ali ‘Sa’ud (1319–1388 H./1902–1969), raja kerajaan Arab Saudi. Nama penuh baginda ialah Sa’ud ibn ‘Abd ‘Aziz ibn ‘Abd al- Rahman ibn Faysal ibn Tarkiy ibn ‘Abdullah ibn Muhammad ibn Sa’ud ibn Muhammad ibn Muqrin ibn Markhan ibn Ibrahim ibn Musa ibn Rabi’ah ibn Mani’ ibn Rabi’ah al-Muridiy. Keturunannya berakhir hingga kepada Bakar ibn Wa’il dari Bani Asad ibn Rabi’ah. | UMUM | |
AZIZ JAHPIN | AZIZ JAHPIN (1928 - ), wartawan, penulis dan pengarah filem. Dia lahir pada 29 Jun 19287 di Geylang Serai, Singapura. Nama sebenarnya ialah Haji Abdul Aziz bin Alias. Aziz Jahpin mendapat pendidikan sampai ke peringkat Sijil Persekolahan (1947). | SASTERA | Tokoh |
J.M. AZIZ | J.M. AZIZ (1934- ), penyair. Dia lahir pada 7 Mei 1934 di Kampung Tanjung Luang, Seberang Takir, Kuala Terengganu, Terengganu. Nama sebenarnya ialah Abdul Aziz bin Abdul Rahman. Selain nama J.M. Aziz, dia juga menggunakan nama samaran Jiwa Merana, Ibnu Abdul Rahman, Mesra, Indera dan Azizah Rahman. | SASTERA | Tokoh |
UNGKU ABDUL AZIZ | Tokoh ekonomi | EKONOMI DAN PENGURUSAN | Tokoh |
AZAH AZIZ | AZAH AZIZ (1928 - ), wartawan, penulis dan budayawan. Dia lahir pada 21 Ogos 1928 di Singapura. Nama sebenarnya ialah Sharifah Azah binti Syed Mohamed Alsagoff. Dia telah berkahwin dengan Ungku Abdul Aziz bin Ungku Abdul Hamid (Profesor Diraja) dan terus menggunakan nama Azah Aziz hingga sekarang. Dia mendapat pendidikan di Sekolah Inggeris Convent, Johor Bahru, Johor. | BUDAYA | Konsep |
AZIZ AFKAR | AZIZ AFKAR (1942 - ), penulis. Dia lahir pada 12 Disember 1942 di Kampung Pasir Panjang, Kuala Terengganu, Terengganu. Nama sebenarnya ialah Abdul Aziz bin Ismail tetapi lebih dikenal dengan nama Aziz Afkar. Dia mendapat pendidkan awal di kampung kelahirannya dan mula bergiat dalam bidang penulisan ketika masih di bangku sekolah lagi. | SASTERA | Tokoh |
SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH | Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (1926– 2001) ialah Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang ke-11 (1999–2001) dan Sultan Selangor yang kelapan (1960–2001). Baginda dilantik sebagai Sultan Selangor menggantikan ayahandanya, Sultan Hisamuddin Alam Shah Alhaj yang mangkat pada tahun 1960. | UMUM | |