PEDOMAN EJAAN JAWI ZA'BA | PEDOMAN EJAAN JAWI ZA'BA, satu sistem ejaan Jawi yang digunakan dalam buku karangan Za'ba yang berjudul Daftar Ejaan Melayu (<I>Jawi-RumiI>). Buku ini diterbitkan pada tahun 1949. Usaha mengumpul bahan untuk buku ini bermula pada tahun 1918 tetapi hanya pada tahun 1938 bahan-bahannya siap dikumpul. Pada bahagian permulaan buku ini diberikan kaedah tulisan Melayu dengan huruf Jawi atau dengan kata lain Pedoman Ejaan Jawi bagi bahasa Melayu. Sebenarnya sebelum disusun kaedah ejaan Jawi yang terdapat dalam buku Daftar Ejaan Melayu, Za'ba telah menulis sebuah buku yang berjudul Rahsia Tulisan Jawi (1931). Pada tahun 1940, Za'ba memasukkan kaedah ejaan Jawi ke dalam bukunya <I>Pelita Bahasa Melayu Penggal 1I>. | BAHASA | Bahasa |
PELITA BAHASA MELAYU | 1.25pt 0pt 1pt; LINE-HEIGHT: 200%; TEXT-ALIGN: justify">PELITA BAHASA Melayu, buku tatabahasa dan latihan penggunaan bahasa Melayu. Buku ini dikarang oleh Zainal Abidin Ahmad (Za’ba) dan diterbitkan oleh Pejabat Karang-Mengarang, Jabatan Pelajaran, Persekutuan Tanah Melayu. <I style="mso-bidi-font-style: normal">Pelita Bahasa MelayuI> Penggal I (PBM I) diterbitkan pada tahun 1940, <I style="mso-bidi-font-style: normal">Pelita Bahasa MelayuI> Penggal II (BM II) pada tahun 1946 dan <I style="mso-bidi-font-style: normal">Pelita Bahasa Melayu I>Penggal III (PBM III) pada tahun 1947. Ketiga-tiga penggal itu telah dicetak semula oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, pada tahun 1962. Penggal I dicetak semula sebanyak tiga kali, dan yang terakhirnya pada tahun 1965. | BAHASA | Penerbitan |
PENDETA BAHASA | 1.25pt 0pt 1pt; LINE-HEIGHT: 200%; TEXT-ALIGN: justify">PENDETA BAHASA, gelaran yang diberi kepada orang perseorangan yang ahli atau pakar dalam bidang bahasa Melayu serta berjasa terhadap bahasa tersebut. Gelaran ini dianugerahkan oleh badan bahasa atau kongres bahasa Melayu. Antara ahli bahasa Melayu yang mendapat gelaran Pendeta ialah Zainal Abidin bin Ahmad (Za’aba). Za’ba telah mendapat gelaran Pendeta Bahasa Melayu dalam Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Ketiga yang diadakan di Johor Baru dan Singapura pada tahun 1956. Tiga orang lagi yang telah dianugerahi Pendeta Bahasa oleh Pakatan Bahasa Melayu Persuratan Buku-Buku Diraja Johor (P.Bm.P.B) ialah Dato’ Abdullah bin Abdul Rahman, Richard O. Winstedt dan Mejar Dato’ Haji Muhammad Said bin Haji Suleiman. | BAHASA | Konsep |
DAFTAR EJAAN RUMI-JAWI | DAFTAR EJAAN RUMI-JAWI, buku daftar ejaan setebal 198 halaman, yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1988 yang memuatkan perkataan umum dan istilah bahasa Melayu dalam ejaan Rumi dengan padanan ejaan Jawi. Daftar ini bertujuan memenuhi kekurangan sumber rujukan dalam menyelesaikan beberapa masalah ketidakseragaman ejaan Jawi. 1"> Sistem ejaan Jawi yang berunsurkan sistem ejaan bahasa Arab yang menekankan huruf saksi (vokal): alif (), wau (), dan ya () telah mengalami perkembangan yang banyak. Antara sistem ejaan Jawi yang terkenal yang menjadi pedoman/panduan masyarakat ialah Sistem Ejaan P.Bm.P.B. Diraja, Sistem Ejaan Za’ba, Sistem Ejaan Jawi yang Disempurnakan, dan Sistem Ejaan Dian. | BAHASA | Karya |