PELITA BAHASA Melayu, buku tatabahasa dan latihan penggunaan bahasa Melayu. Buku ini dikarang oleh Zainal Abidin Ahmad (Za’ba) dan diterbitkan oleh Pejabat Karang-Mengarang, Jabatan Pelajaran, Persekutuan Tanah Melayu. Pelita Bahasa Melayu Penggal I (PBM I) diterbitkan pada tahun 1940, Pelita Bahasa Melayu Penggal II (BM II) pada tahun 1946 dan Pelita Bahasa Melayu Penggal III (PBM III) pada tahun 1947. Ketiga-tiga penggal itu telah dicetak semula oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, pada tahun 1962. Penggal I dicetak semula sebanyak tiga kali, dan yang terakhirnya pada tahun 1965.
Thanks for clicking. That felt good.