Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu

[ba.ba] | باب

Definisi : Jk bapa; babe. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.ba] | باب

Definisi : 1. segolongan kaum Cina di Malaysia (yg kebanyakannya terdapat di Melaka) yg bertutur dlm bahasa Melayu dialek Baba sbg bahasa pertama, dan mengamalkan serba sedikit cara hidup orang Melayu: berketurunan Baba; Baba Melaka; 2. orang lelaki yg berketurunan Baba: Baba dan Nyonya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.ba] | باب

Definisi : panggilan utk orang-orang Cina peranakan: ~ Melaka. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata baba

Puisi
 
Baju putih bukanlah kebaya,
     Pakai hias Baba Melaka;
Hilang jiwa tidak mengapa,
     Asalnya boleh berjumpa mata.

Lihat selanjutnya...(6)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
RASHDAN BABA, TAN SRI

pentadbir akademik dan tokoh korporat

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
ABDUL GHAFAR BABA, TUN

Abdul Ghafar Baba, Tun ialah

Timbalan Perdana Menteri Malaysia ke-6 (1986–

1993) dan ahli politik. Dia dilantik menjadi Timbalan

Perdana Menteri Malaysia pada 7 Mei 1986 setelah

Timbalan Perdana Menteri Malaysia ketika itu,

Dato’ Musa Hitam meletakkan jawatan. Pada masa

yang sama, dia menyandang jawatan Menteri

Pembangunan Negara dan Luar Bandar. Pada 15

Oktober 1993, dia meletakkan kedua-dua jawatan

ini setelah dia menarik diri daripada

mempertahankan jawatan Timbalan Presiden

UMNO. Abdul Ghafar juga dikenali sebagai “Bapa

Perpaduan Malaysia” dan “Bapa Pembangunan

Penjaja”.

Penjaja”.ialah

UMUM 
RASHDAN BABA, TAN SRI

RASHDAN BABA, Tan Sri (1935 -       ), pentadbir akademik dan tokoh korporat. Dia lahir pada 31 Oktober 1935 di Rembau, Negeri Sembilan. Nama penuhnya ilaah Mohd. Rashdan bin Baba. Dia mendapat pendidikan awal di Negeri Sembilan. Dia memperoleh diploma dari Kolej Pertanian Serdang, Selangor dan ijazah Sarjana Muda Sains dari University of Reading, United Kingdom. Pada tahun 1964, dia memperoleh ijazah Doktor Falsafah dari University of Leeds, United Kingdom.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
ABDUL GHAFOR BABA, DATUK PATINGGIABDUL GHAFOR BABA, Datuk Patinggi (1800-1890), pemimpin Melayu Sarawak yang menentang pemerintahan James Brooke. SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep
AGAMA SAI BABA

Agama Sai Baba, agama yang muncul di India sekitar abad  ke-19 dan berpusat di Shirdi, Ahmednaya.

AGAMAAgama/Fahaman/Aliran/Ideologi
ABDUL GHAFAR BABA, TUN

Abdul Ghafar Baba, Tun (1925 – 2006), Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang keenam (1986-1993). Abdul Ghafar dilahirkan pada 18 Februari 1925 di Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Tangga Batu, Melaka. Namun, kerana kematian ibu bapanya, beliau terpaksa menamatkan persekolahannya pada usia 15 tahun. Beliau menyertai Kesatuan Melayu Muda (KMM) sebelum melanjutkan pelajaran di Sultan Idris Training College (SITC), Tanjung Malim, Perak.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
BAHASA MELAYU PERANAKAN

BAHASA MELAYU PERANAKAN, bahasa Cina Baba yang tinggal di negeri Melaka, Pulau Pinang dan Singapura. Perkataan Baba bermaksud Cina Peranakan lelaki dan Cina Peranakan perempuan (Nyonya) atau masyarakat Cina Peranakan keseluruhannya.

BAHASAKonsep
ALAMAT LANGKAPURIALAMAT LANGKAPURI, akhbar yang diterbitkan pada 13 Jun 1869 di Colombo, Ceylon oleh Baba Ounus Saldin, yang berasal dari Madura, Indonesia. Dia juga merupakan pengarang dan penerbit akhbar ini.SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep
BAHASA MELAYU PIJIN/KREOL

BAHASA MELAYU PIJIN/KREOL, bahasa yang digunakan oleh masyarakat Cina Peranakan atau Baba dan Nyonya atau Embok-embok untuk berhubung dengan anggota musyarakat lain dalam hubungan perdagangannya sebagai bahasa perantaraan.

BAHASAKonsep
WAJAH SELONG

WAJAH SELONG, akhbar Melayu yang diterbitkan di Colombo, Sri Lanka.  Akhbar ini dicetak dalam tulisan Jawi dan diterbitkan pada bulan April 1895.  Wajah Selong diterbitkan pada masa yang sama dengan akhbar Jawi Peranakan (1876-1895) dan Pemimpin Warta (1897) yang menghentikan percetakannya.  Penerbit dan pengedar Wajah Selong ialah Baba Ounus Saldin, seorang sasterawan Melayu yang terkenal di Sri Lanka.  Dia juga bertanggungjawab menerbitkan akhbar Alamat Langkapuri yang juga bertulisan Jawi di Sri Lanka.  Baba Ounus Saldin menulis dan mengatur semua kandungannya,  Wajah Selong dicetak dengan cap batu dan litograf di pejabat percetakan kepunyaannya sendiri.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPenerbitan
12

Kembali ke atas