SURIRAM | SURIRAM, lagu buaian yang dinyanyikan oleh dayang dalam babak-babak pentas bangsawan untuk menidurkan anak raja. Perkataan ‘Suriram’ adalah rekaan semata-mata sebagai nama timang-timangan yang ditujukan kepada puteri atau putera raja yang diasuh oleh dayang. | BUDAYA | Karya |
TECHNICOLOR | Technicolor ialah proses berpaten untuk membuat filem berwarna-warni. Proses ini melibatkan pengeluaran tiga negatif hitam-putih yang berasingan untuk satu babak. Setiap negatif didedahkan kepada satu <i> warna primer i> – merah, biru, atau hijau – dari babak tadi. | UMUM | |
PROLOG | Prolog ialah pengenalan bagi lakonan atau tulisan- tulisan lain. Istilah ini berasal daripada dua perkataan Yunani yang bererti <i> sebelum i> dan <i> perbincangan i> . Prolog menjelaskan keadaan pada waktu babak pertama lakonan dimulakan atau mungkin menjelaskan sesuatu lakonan secara umum. | UMUM | |
SCRIBE, AUGUSTIN EUGÉNE | Scribe, Augustin Eugéne (1791–1861), penulis drama Perancis. Dia merupakan penulis yang berjaya dalam bentuk drama realistik yang dinamakan, <i> the well-made play i> . Drama seperti itu bergantung pada kesan dan pada penerangan yang teliti tentang peristiwa lalu, sedangkan pada masa yang sama, menunjukkan peristiwa yang akan datang. Drama yang baik mengandungi suatu <i> babak wajib i> pada klimaks apabila rahsianya didedahkan. Hasil daripada pendedahan rahsia, watak-watak itu akan menerima ganjaran atau denda. | UMUM | |
PUISI SIMFONI | Puisi simfoni ialah komposisi orkestra yang cuba menggambarkan idea bukan muzik dalam muzik. Penggubah mengasaskan puisi simfoni pada puisi, lakonan, cerita, episod dari sejarah, pemandangan alam, lukisan dan kenyataan falsafah. Puisi simfoni berkembang daripada <i> overtur i> <i> konsert i> . Seperti overtur konsert, kebanyakan puisi simfoni terdiri daripada satu <i> babak i> (bahagian). Tetapi sesetengahnya ditulis dengan lebih bebas dan lebih panjang. | UMUM | |
PENTAS OPERA | PENTAS OPERA, drama 13 babak karya Zakaria Ariffin. Drama ini memenangi hadiah kedua dalam Pertandingan Hadiah Drama ESSO-GAPENA II pada tahun 1988/89, dan dipentaskan buat pertama kalinya di Balai Budaya, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada tahun 1989 oleh anggota Badan Budaya DBP. Zakaria bertindak sebagai pengarah. | BUDAYA | Drama/Filem/Teater/Persembahan |
SI KEBAYAN | SI KEBAYAN, drama komedi dua babak oleh Utuy Tatang Sontani. Ia ditulis di Jakarta, Indonesia pada bulan Oktober 1959 dan diterbitkan pada tahun 1961 oleh Bahagian Penerbitan Lembaga Kebudayaan Rakyat (LEKRA), Jakarta. Naskhah drama ini ditulis dalam bentuk cerita atau novel, sehingga gambaran pentas, perwatakan dan dialog watak dilukiskan dengan bahasa penceritaan. | SASTERA | Drama/Filem/Teater/Persembahan |
KOTAKU OH KOTAKU | KOTAKU OH KOTAKU, drama lima babak karya Johan Jaafar. Drama ini dipentaskan buat kali pertama di panggung Eksperimen, Universiti Malaya pada tahun 1975. Pengarah drama ini ialah Johan Jaaffar sendiri dan dilakonkan oleh ahli Kumpulan Kesenian Universiti Malaya (KESUMA). | BUDAYA | Karya |