Asid prusik juga dikenali sebagai <i> asid i> <i> hidrosianik i> . Asid prusik dipanggil <i> asid prusik i> kerana diperoleh daripada <i> Prussia biru. i> Asid prusik tulen ialah cecair yang tidak mempunyai warna. Ia mempunyai takat didih yang rendah dan cepat sejat pada suhu bilik. Asid ini berbau lembut menyerupai bau badam pahit. Ia mengganggu keupayaan tubuh dalam penggunaan oksigen dan merupakan salah satu bahan yang paling beracun pernah diketahui. Gas asid hidrosianik digunakan untuk menghukum penjenayah-penjenayah yang dijatuhi hukuman mati. Gas ini dihasilkan apabila ketulan sodium atau kalium sianida dimasukkan ke dalam asid sulfurik. Asid hidrosianik juga digunakan untuk mengawal serangga sisik pada pokok oren. Formula kimia bagi asid ini ialah HCN. |