MAJLIS ISLAM SARAWAK | MAJLIS ISLAM SARAWAK, badan tertinggi dalam sistem pentadbiran Islam di Sarawak. Badan ini ditubuhkan pada tahun 1954 dengan nama Majlis Islam dan Adat Istiadat Melayu. Pada masa itu, badan ini bukan sahaja mengurus hal ehwal Islam tetapi juga upacara-upacara diraja warisan kebudayaan Melayu. Pada tahun 1971, bahagian ‘Adat Istiadat’ dalam badan tersebut digugurkan dan sejak itu Majlis Islam Sarawak menumpukan perhatian semata-mata kepada hal ehwal agama. | BUDAYA | Institusi/Organisasi |
UNDANG-UNDANG TUBUH KERAJAAN JOHOR | UNDANG-UNDANG TUBUH KERAJAAN JOHOR, undang-undang tertinggi yang dibuat dan diluluskan oleh badan berkuasa tertinggi bagi menguruskan hal ehwal negeri Johor dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya. Ia diakui sebagai undang-undang tertinggi negeri Johor. Bahagian mukadimah Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor ini memperuntukkan bahawa dengan kuasa yang ada, maka diperturunkan undang-undang dan peraturan bagi tujuan pentadbiran dan pengurusan negeri dan ia hendaklah dipakai berterusan, diwarisi dan tidak boleh dipinda dengan sewenang-wenangnya. Undang-undang ini hendaklah diterima pakai oleh semua anak negeri dan keengganan seseorang untuk mengakuinya atau mematuhinya boleh dianggap sebagai telah melakukan sesuatu yang bertentangan dengan undang-undang. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |