KUPU-KUPU TENGKORAK | Kupu-kupu tengkorak ialah kupu-kupu besar yang badannya gemuk dan berbulu. Banyak kepercayaan karut timbul kerana badannya bercorak seperti tengkorak. Kupu-kupu tengkorak adalah sejenis kupu-kupu lang (lihat Kupu-kupu lang). | UMUM | |
AIREDALE TERRIER | Airedale Terrier ialah baka anjing terrier yang besar. Beratnya 23 kilogram hingga 27 kilogram apabila dewasa. Badannya berbulu keras berwarna hitam atau putih di belakangnya dan warna perang di bahagian badannya yang lain. Anjing ini dinamakan sempena nama Lembah Aire di utara England. Baka ini telah dibiakkan di England kira-kira pada tahun 1880-an. Satu daripada leluhurnya ialah anjing perburuan memerang. Airedale ialah anjing yang berani, yang terkenal sebagai anjing pengawal, dan penyayang terhadap pemiliknya. Ia juga pandai berenang. | UMUM | |
IKAN PEDANG | Ikan pedang ialah ikan laut yang besar, badannya panjang, bulat dan matanya besar. | UMUM | Umum |
KECAPI | Kecapi ialah alat muzik bertali purba. Badannya berbentuk buah pear, lehernya mempunyai papan jari yang berfret, dan kotak pasak yang terlekat pada lehernya pada sudut tajam. | UMUM | |
NUMBAT | Numbat ialah marsupial Australia, sebesar tikus besar. Badannya mempunyai jalur berwarna yang menyerlah dan ekornya berbulu lebat. Bahagian atas numbat berwarna merah karat dan bahagian bawahnya putih. Kaki belakang ketiga disilangi oleh kira-kira enam jalur putih; satu jalur hitam terentang pada mata dari muncung ke telinga. | UMUM | |
PRONGHORN | Pronghorn ialah haiwan berhuf yang hidup di Amerika Utara. Badannya gempal, telinganya besar, kakinya kurus dan ekornya pendek. Warnanya berbeza-beza daripada perang cerah hingga kepada perang kemerahan. Ia mempunyai sedikit bulu putih pada bahagian bawah, pinggul, sisi muka dan lehernya. | UMUM | |
PORGI | Porgi ialah ikan yang hidup di kawasan cetek dalam laut panas. Badannya berbentuk lonjong dan mempunyai sisi yang leper. Kebanyakan ikan ini berwarna keperakan. Ikan ini sedap dimakan. Ia ditangkap sebagai satu kegiatan dan untuk kegunaan komersial. | UMUM | |
BICHIR | Bichir ialah ikan air tawar Afrika. Badannya panjang dan halus, dan dilitupi sisik yang keras, berkilat berbentuk segi empat bujur. Sirip sisi (pektoral) adalah seperti kipas berserta tangkai berisi. Terdapat beberapa spesies, yang panjangnya dari 35 hingga 70 sentimeter. | UMUM | |
KATAMARAN | Katamaran ialah bot bak rakit yang mempunyai dua badan. Keringanannya dan badannya yang berkembar, nipis dan dangkal membolehkan katamaran meluncur melalui permukaan air tanpa banyak rintangan. Reka bentuk ini berasaskan perahu tupang yang telah digunakan oleh bangsa Polinesia dan Melayu selama beribu-ribu tahun. Katamaran boleh dikuasai oleh layar atau motor. | UMUM | |
ANJING LAUT | Anjing laut ialah mamalia laut yang kelihatan licin berkilat dengan badannya berbentuk seperti tornado. Anjing laut ialah perenang yang terhandal dan menghabiskan banyak masa dalam air. | UMUM | |