Minstrel ialah istilah yang digunakan dengan meluas untuk merujuk kepada penghibur profesional yang terkenal di Eropah semasa Zaman Pertengahan. Minstrel terdiri terutamanya daripada penyanyi dan pemuzik, tetapi terdapat juga penglipur lara, penjugel, badut, dan ahli akrobat. Penghibur kembara ini dikenali dengan pelbagai nama di pelbagai negara. Mereka dikenali sebagai <i> troubadour i> dan <i>jongleur i>di Perancis, <i>minnesingeri> di Jerman, <i>skald i>di Scandinavia dan <i>bard i>di Ireland. Penyanyi kembara Inggeris yang awal dinamakan <i> scop i> . Nama minstrel kemudiannya digunakan untuk penyair-pemuzik England. |