| PERSIDANGAN ANTARABANGSA PENGAJIAN MELAYU | PERSIDANGAN ANTARABANGSA PENGAJIAN MELAYU, persidangan yang menilai serta mengkaji kedudukan dan perkembangan semasa dalam berbagai-bagai-bagai aspek bidang pengajian Melayu. Persidangan ini berlangsung dari 21 hingga 23 Ogos 1989 bertempat di Fakulti Sastera dan Sains Sosial, dianjurkan oleh Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Persidangan yang bertemakan “Melayu: Persoalan Warisan dan Kini”, menyatakan pentingnya kepekaan terhadap kesinambungan perkembangan dunia Melayu dari dahulu hingga kini. | BAHASA | Peristiwa |
| PERSATUAN BAHASA MODEN MALAYSIA | PERSATUAN BAHASA MODEN MALAYSIA, persatuan bahasa. Persatuan ini ditubuhkan pada tahun 1986 di Kuala Lumpur. Persatuan ini dianggotai oleh penyelidik, guru dan pengamal berbagai-bagai-bagai bahasa moden yang ada dan diajarkan di beberapa insitutisi pendidikan di Malaysia, iaitu di Universiti, Institut Teknologi MARA, dan pusat-pusat pengajaran bahasa swasta. Setakat ini bahasa yang di bawah naungan persatuan bahasa berkenaan ialah bahasa Arab, Belanda, Burma, Cina, Filipina, Iban, Inggeris, Itali, Jepun, Jerman, Korea, Melayu, Perancis, Portugsi, Rusia, Sepanyol, Tamil Thai dan Urdu. Pada 1 November 1989, keahliannya meluas di seluruh Semenanjung. Sabah dan Sarawak. | BAHASA | Persatuan |
| TERRACOTTA | Terracotta ialah sejenis barang tembikar yang keras dan tahan lama. Seperti barang tembikar yang lain, terracotta dibuat daripada sejenis tanah liat yang dibakar. Warnanya berbagai-bagai, iaitu daripada warna kuning pucat dan warna coklat hinggalah kepada berbagai-bagai warna merah. Terracotta biasanya tidak diglis. Terracotta digunakan dengan meluas untuk membuat pasu bunga, air pancut, jubin, hiasan seni bina, dan arca hiasan taman. Oleh sebab terracotta mudah dibentuk, ramai pengarca menggunakannya untuk membuat model awal. Terracotta berkembang pada zaman prasejarah. Orang Yunani dan Rom purba menggunakan bahan ini untuk membuat objek hiasan, di samping talang, paip, dan bahan binaan lain. Perkataan terracotta berasal daripada perkataan Itali yang bermaksud “tanah masak”. | UMUM | |
| SPIRITUALISME | Spiritualisme ialah kepercayaan bahawa roh orang yang telah mati boleh berhubung dengan orang yang masih hidup. Kepercayaan ini wujud dalam berbagai-bagai bentuk di seluruh dunia. Pergerakan spiritualis moden bermula di Amerika Syarikat pada tahun 1848. Pada tahun tersebut, dua orang wanita adik-beradik bernama Katherine dan Margaret Fox, dari Hydesville, dekat Rochester, New York, mendengar bunyi ketukan dalam rumah mereka. Mereka tidak dapat mengesan punca yang boleh menyebabkan bunyi ketukan itu. Kedua-dua wanita adik-beradik itu berikhtiar membuat satu kod untuk mentafsirkan bunyi ketukan itu supaya mereka dapat berhubung dengan roh yang dipercayai cuba menghantar isyarat kepada mereka. Peristiwa yang berlaku di Hydesville itu membawa kepada penubuhan beberapa pertubuhan bebas di bawah anjuran gereja dan juga kumpulan falsafah yang lain yang bertujuan untuk mengemukakan idea tentang spiritualisme. | UMUM | |
| PSIKOSIS | Psikosis ialah istilah yang digunakan untuk menerangkan penyakit mental yang teruk. Psikosis dicirikan dengan berbagai-bagai gejala yang dianggap tidak normal oleh kebanyakan orang. Gejala ini termasuk halusinasi , seperti mendengar suara sedangkan tiada sesiapa pun di sekitarnya, dan delusi , seperti perasaan sedang diseksa atau ada orang sedang membuat rancangan jahat terhadapnya (liha t Delu si; Halusinasi ). | UMUM | |
| ARTERI | Arteri ialah nama tiub atau salur darah yang melaluinya darah dipam keluar dari jantung ke berbagai-bagai bahagian tubuh. Darah yang dibawa oleh kebanyakan arteri itu merah terang kerana darah ini telah mengambil oksigen semasa melalui paru-paru. Akan tetapi darah yang mengalir melalui arteri yang menghubungkan ventrikel sebelah kanan jantung dengan paru-paru belum lagi mengambil oksigennya. Darah ini berwarna kecoklat-coklatan. Jika arteri itu terpotong, darah akan memancut keluar secara bersamaan dengan degupan jantung. Vena berbeza daripada arteri oleh sebab vena membawa darah balik ke jantung, bukannya membawa darah keluar dari jantung. Jika vena terpotong maka darah mengalir daripadanya dalam aliran yang sekata. | UMUM | |
| ANUR | Alat pengangkut untuk mengangkut barang yang ditarik oleh lembu atau kerbau. Anur dikenal juga sebagai andur. Selalunya petani menggunakan alat ini untuk mengangkut padi atau berbagai-bagai jenis hasil tanaman dari sawah atau kebun ke rumahnya. | BUDAYA | Alat/Alatan |
| MAJOLICA | Majolica ialah sejenis tembikar yang disepuh dengan oksida timah untuk menghasilkan warna putih yang lembut. Kadang-kadang namanya dieja sebagai maiolica. Reka bentuk dicat pada latar belakang yang putih dengan oksida logam yang lain. Oksida-oksida ini mengubah berbagai-bagai warna pada latar belakangnya apabila tembikar itu dibakar. Majolica diberi nama sempena nama pulau Majorca, Sepanyol, tempat tembikar dieksport ke Itali. Pusat untuk menghasilkan tembikar ini berkembang di seluruh Itali. | UMUM | |
| RESIN SINTETIK | Resin sintetik ialah salah satu daripada sebatian kimia yang termasuk dalam kumpulan sebatian kimia yang besar yang termasuk juga plastik biasa yang kita guna. Resin ini boleh diolah untuk menjadi gentian atau filem, dibentuk dalam acuan untuk dijadikan berbagai-bagai bentuk, umpamanya dari sekeping sikat kecil yang boleh dimasukkan ke dalam saku sehingga ke bamper kereta. Pengilang menggunakan sebatian ini dalam pembuatan cat dan perekat dan juga sebagai salutan pada kain, kertas dan logam. | UMUM | |
| BERITA MINGGU | BERITA MINGGU, akhbar mingguan berbahasa Melayu yang dicetak dan diterbitkan oleh The New Straits Times Press (M’sia) Bhd., Kuala Lumpur. Akhbar ini adalah sebahagian daripada akhbar Berita Harian dan diterbitkan pada hari Ahad sahaja. Keluaran pertamanya ialah pada 10 Julai 1960, mengandungi lapan halaman dan dijual dengan harga 15 sen senaskhah. Akhbar ini menggunakan tulisan Rumi. Dalam keluarannya yang terawal, akhbar ini memuatkan berbagai-bagai berita termasuklah iklan, rencana umum, sastera, filem, sukan dan berita semasa. | SASTERA | Kitab |