| TINDAKAN KELAS | Tindakan kelas ialah sejenis prosiding kehakiman apabila seorang atau lebih daripada seorang individu mendakwa bagi pihak satu kumpulan yang mempunyai tuntutan yang serupa. Kumpulan yang sedemikian dikenali sebagai kelas. Tindakan kelas juga dikenali sebagai tindakan perwakilan . | UMUM | |
| SURAT KUASA WAKIL | Surat kuasa wakil ialah dokumen undang-undang yang bertulis, biasanya dalam bentuk surat ikatan. Orang yang menandatangani surat tersebut melantik wakil atau peguam yang mempunyai kuasa bertindak bagi pihak yang menandatangani surat tersebut. | UMUM | |
| ORGANIZATION | Australian Security Intelligence Organization (ASIO)] mengumpul dan menilai maklumat yang diputuskan oleh ketua pengarahnya sebagai sesuatu yang ada hubung kait dengan keselamatan negara. Sebahagian maklumat ini adalah rahsia. Peguam Negara bertanggungjawab kepada Parlimen bagi pihak ASIO. Kerajaan persekutuan menubuhkan ASIO pada tahun 1949. | UMUM | |
| PROKSI | Proksi ialah ganti. Andaikan, anda diberi tugas untuk membentangkan satu laporan penting dalam mesyuarat kelab. Pada hari mesyuarat itu diadakan, anda tidak sihat untuk menghadiri mesyuarat tersebut. Oleh sebab itu, anda meminta seorang ahli kelab bertindak bagi pihak anda. Ahli kelab itu menjadi proksi anda, dan dia akan membentangkan laporan anda dalam mesyuarat kelab itu. | UMUM | |
| MOOT | Moot ialah istilah lama Inggeris untuk sesuatu perjumpaan awam. Ahli-ahli pergerakan pengakap kini kadangkala menggunakan istilah tersebut untuk perjumpaan antarabangsa. Pelajar undang-undang menggunakan istilah tersebut untuk kes mahkamah olok-olok di mana pelajar berhujah antara satu sama lain bagi pihak klien rekaan mereka. ‘Hakim’ yang biasanya terdiri daripada tutor undang-undang atau peguam bertauliah, menghakimi dengan memberi komen terhadap perkara undang-undang yang dibangkitkan oleh para pelajar. Dalam percakapan biasa, perkara moot bermakna perkara yang boleh diragukan atau dipertikaikan. | UMUM | |
| PERJANJIAN BELANDA-JOHOR | PERJANJIAN BELANDA-JOHOR (1639), kontrak yang ditandatangani oleh Laksamana Johor, bagi pihak sultan, dengan Philips Lucasz, iaitu pegawai Syarikat Hindia Timur Belanda di Patani. Dalam kontrak ini, Johor berjanji akan membantu orang Belanda menyerang Portugis di Melaka. Sebagai balasan, Belanda bersetuju menolong kerajaan Johor membina kota di Batu Sawar (di Sungai Johor) dan melindungi Johor daripada orang Aceh dan Portugis. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Perjanjian/Konvensyen/Triti/Persetiaan |
| PEDOMAN UMUM PEMBENTUKAN ISTLLAH BAHASA MELAYU | PEDOMAN UMUM PEMBENTUKAN ISTlLAH BAHASA MELAYU, buku pedoman untuk penggubalan istilah. Buku ini pertama kali diterbitkan pada tahun 1975. Penerbitnya ialah Dewan Bahasa dan Pustaka bagi pihak Jawatankuasa Tetap Bahasa Malaysia Kementerian Pendidikan Malaysia. Edisi kedua buku ini diterbitkan pada tahun 1987. Buku setebal 35 halaman ini terbahagi kepada enam bab, iaitu Bab Pertama: Konsep-konsep Dasar, Bab Kedua: Sumber Istilah, Bab Ketiga: Unsur dan Proses Tatabahasa dalam Peristilahan, Bab Keempat: Aspek Makna dalam Pembentukan Istilah, Bab Kelima: Istilah Singkatan dan Lambang dan Bab Keenam: Kaedah Pengejaan Istilah Pinjaman. | BAHASA | Bahasa |
| SAWDAH BINT ZAM'AH | Sawdah bint Zam’ah ( ? –55 H. / ? –675 M.) ialah salah seorang daripada isteri Rasulullah s.a.w. Sawdah bint Zam‘ah berasal dari kalangan bangsawan Quraisy ‘Amiriyyah. Dia pernah berhijrah ke Habsyah bersama-sama bekas suaminya al-Sakran ibn ‘Amru yang juga seorang Muslim yang bersaudara dengan Suhayl ibn ‘Amru. Kemudian mereka pulang ke Makkah dan setibanya di sana, suaminya meninggal dunia. Baginda mengahwininya tiga tahun sebelum Hijrah, iaitu selepas kematian Khadijah bint Khuwaylid. Sebenarnya, Khawlah bint Hakim, iaitu isteri Uthman ibn Maz’un yang mencadangkan kepada Baginda Rasulullah s.a.w. dan meminang Sawdah bagi pihak nabi. Baginda Rasulullah s.a.w. pernah berhasrat untuk menceraikannya bahkan menurut sesetengah riwayat lain, Baginda telah menceraikannya, tetapi dia memohon agar dirujuk kembali kerana ingin dibangkitkan di akhirat kelak bersama-sama para isteri Baginda yang lain. Menurut riwayat lain, dia adalah wanita yang menjadi sebab turunnya ayat yang memerintahkan kaum wanita Islam memakai hijab. Dia meninggal dunia di Madinah. Lihat juga Isteri-isteri Nabi Muhammad s.a.w. | UMUM | |
| PERBICARAAN MELALUI KOMBAT | Perbicaraan melalui kombat juga dikenali sebagai perbicaraan melalui pertempuran , atau pertaruhan pertempuran , adalah satu cara menyelesaikan perbalahan undang-undang pada Zaman Pertengahan. Golongan bangsawan mengamalkannya bertahun-tahun lamanya. Perbicaraan melalui kombat berbeza daripada pertarungan dua orang kerana orang ramai percaya bahawa Tuhan akan masuk campur dan membantu pihak yang benar. Mengikut prosedur yang biasa, tertuduh akan menentang penuduh. Golongan bangsawan kadangkala melantik pahlawan-pahlawan untuk bertarung bagi pihak mereka. Golongan wanita dan paderi biasanya diwakili oleh orang lain. Perbicaraan melalui kombat diperkenalkan di England oleh William Si Penakluk. Perbicaraan berjuri secara beransur- ansur mengambil alih perbicaraan ini. | UMUM | |
| TUNKU KUDIN | TUNKU KUDIN ( ? -1905), pentadbir dan pemimpin di Selangor. Nama sebenarnya ialah Tunku Thiauddin atau Dhiauddin, putera Sultan Zainal Rashid dan adinda Sultan Ahmad Tajuddin. Ketokohannya menonjol selepas berkahwin dengan Tunku Arfah (Tunku Chik) puteri Sultan Abdul Samad, pada tahun 1868. Selepas perkahwinan itu, Sultan Abdul Samad melantiknya sebagai wizurai, atau wakil raja Selangor memandangkan kebolehan dan kecekapan kepimpinan serta latar belakang pendidikan Inggerisnya. Sebagai wizurai dia diberi kuasa mentadbir Selangor bagi pihak Sultan Abdul Samad. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |