Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : Kl penghalauan hantu dr badan orang sakit (spt dlm permainan puteri);berbagih berubat menghalau hantu dr badan orang yg sakit: tradisi lama spt berpuar, ~, dsb mempunyai unit tersendiri. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bagih


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TUK BAGIH

TUK BAGIH, orang yang memainkan peranan penting dalam upacara bagih.  Tuk bagih biasanya terdiri daripada seorang lelaki yang berusia sekitar 50-an atau 60-an.  Tuk bagih mewarisi ilmu bagihnya daripada keluarga.  Ilmu bagih tidak diajar atau diturunkan kepada sembarang orang, kecuali ahli keluarga yang didapati layak dan sesuai mengamalkan ilmu tersebut.  Tuk bagih juga terdiri daripada orang kampung yang berpendapatan rendah dan tidak berpelajaran kecuali sekadar tahu menulis dan membaca, malah terdapat tuk bagih yang buta huruf.

BUDAYAJawatan/Gelaran
BAGIH

BAGIH, pengubatan tradisional untuk menghalau hantu daripada badan pesakit. Bagih, yang terkenal suatu ketika dahulu di negeri Kelantan diadakan untuk menyembuhkan orang sakit, memulihkan orang yang terkena sihir dan juga untuk mencari benda yang hilang atau yang dicuri orang.

BUDAYAKonsep

Kembali ke atas