TUN PERPATIH PERAMUKA BERJAJAR | TUN PERPATIH PERAMUKA BERJAJAR ( ? – ?), bendahara kerajaan Melayu Melaka. Nama asalnya ialah Raden Bagus. Mengikut Sulalatus Salatin, dia adalah putera sulung Raja Muda Melaka yang telah menggantikan ayahandanya Raja Iskandar Syah sebagai raja Melaka. Dia adalah menantu bendahara Tun Perpatih Tulus, iaitu bendahara Melaka yang pertama. Setelah Bendahara Tun Perpatih Tulus meninggal dunia, Raja Muda telah melantik Raden Bagus menjadi bendahara dengan gelaran Tun Perpatih Peramuka Berjajar. Dia dan pembesar-pembesar lain telah berusaha membantu raja Melaka membangun dan memajukan Melaka. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
SEMANGAT | Semangat merupakan sikap atau pandangan umum seseorang individu atau sesuatu kumpulan terhadap situasi tertentu. Ia mempengaruhi dan dipengaruhi oleh faktor seperti sikap optimistik, keyakinan, dan keazaman. Semangat boleh mempengaruhi kesejahteraan dan prestasi, dan berkaitan rapat dengan apa yang dikenali sebagai semangat kekitaan . Apabila semangat ‘tinggi’, rasa keyakinan seseorang individu atau kumpulan biasanya bagus, dan menghasilkan prestasi tinggi. Apabila semangat ‘rendah’, prestasi biasanya turut rendah. | UMUM | |
RADEN NGABEHI RANGGAWARSITA | RADEN NGABEHI RANGGAWARSITA (1802–1873), pujangga Jawa Lama, Indonesia. Dia lahir pada 4 Mac 1802 di Kampung Kedhung Kol, Surakarta, Indonesia. Nama sebenarnya ialah Bagus Burham tetapi nama ini terus tenggelam kerana dia lebih cenderung menggunakan gelaran Raden Ngabehi Ranggawarsita yang diperolehnya sewaktu menyandang jawatan Panewu Carik Kadipaten (Pujangga Istana) pada tahun 1831. Gelaran Kiai Sarataka yang diperolehnya pada tahun 1820-an juga tidak digunakan | SASTERA | Tokoh |
HOESEIN DJAJADININGRAT | HOESEIN DJAJADININGRAT (1886-1960), sarjana Indonesia. Dia berasal daripada golongan Priyayi yang terkemuka di Banten, Jawa Barat pada abad ke-20. Dia lahir pada tahun 1886 di Kramat Watu, ketika ayahnya, Raden Bagus Djayawinata masih memegang jawatan wedana di daerah tersebut sebelum menjadi pegawai daerah Serang. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |