Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SENDI SAKROILIAK

Sendi sakroiliak menyambungkan tulang

belakang dengan pelvis. Tulang sakrum

berbentuk V berdekatan dengan bahagian bawah

tulang belakang muat seperti baji di antara kepak

lebat tulang ilium (tulang pinggul). Ligamen dan

plat daripada rawan menyambungkan tulang-

tulang tersebut. Keradangan atau ketegangan

pada sendi sering menyebabkan kesakitan di

belakang bahagian bawah belakang.

UMUM 
AISBERG

Aisberg ialah timbunan ais yang amat besar,

berkemungkinan pecah di hujung bahagian bawah

glasier dan jatuh ke dalam laut. Timbunan ais yang

amat besar ini dikenali sebagai aisberg, dan ia

terjadi daripada air beku segar

UMUM 
MERIAM

Meriam ialah senjata yang kalibernya lebih

daripada 2.5 sentimeter. Ia mempunyai laras,

bahagian bawah, dan mekanisme menembak.

Meriam besar yang kini dikelaskan sebagai artileri

dan meriam yang lebih besar yang dilepaskan

dari pesawat semasa Perang Dunia II (1939–1945),

pernah dinamakan sebagai meriam.

UMUM 
SENTORA

Sentora ialah makhluk dalam mitologi Yunani.

Makhluk ini mempunyai kepala, lengan, dan bahu

manusia dengan bahagian bawah tubuh serta

kakinya seperti kuda.

UMUM 
ESOFAGUS

Esofagus, yang juga dinamakan gulet, ialah

saluran otot yang membawa makanan dari

bahagian bawah farinks ke perut. Otot dalam dinding

esofagus menghasilkan kontraksi bak ombak, yang

menggerakkan makanan turun ke perut.

UMUM 
DIVERTIKULITIS

Divertikulitis ialah penyakit biasa pada kolon

(usus besar). Antara gejalanya termasuk rasa sakit

di bahagian bawah kiri abdomen dan demam.

Penyakit ini terjadi daripada divertikulosis, iaitu

gangguan yang merebak dalam kalangan orang

pertengahan umur dan orang tua di negara maju.

UMUM 
TERITIP

Teritip ialah kerang-kerangan air masin yang

melekat pada objek dalam air. Teritip didapati pada

cerucuk dermaga, batu-batan, penyu, paus, dan

bahagian bawah kapal. Jurutera marin telah

menghabiskan banyak masa membuat eksperimen

untuk mencari cara mencegah teritip daripada

melekatkan dirinya pada kapal dan dermaga.

UMUM 
NEKTAR

Nektar ialah cecair manis yang dikeluarkan oleh

kebanyakan bunga. Serangga terbang dari bunga

ke bunga untuk menghisap nektar. Kelenjar nektar

biasanya terletak di bahagian bawah bunga, dan

serangga terpaksa mengesat debunga untuk

sampai ke nektar. Serangga membawa debunga

dari tumbuhan ke satu tumbuhan. Lebah

mengumpul nektar, dan menukarkannya menjadi

madu.

Lihat juga Lebah (Membuat madu).

UMUM 
MURAI

Murai ialah nama yang diberi kepada sebilangan

burung yang berbeza dalam famili gagak, yang

berekor panjang. Murai biasa di Asia, Eropah, dan

Amerika Utara berwarna hitam dengan warna putih

di bahagian bawah dan di hujung sayapnya.

Panjangnya lebih kurang 45 sentimeter. Bulu hitam

di sayap dan di ekornya berwarna hijau-gangsa

berkilat.

UMUM 
IKAN TERBANGIkan terbang ialah sejenis ikan yang melompat
dari air dengan pergerakan ekornya yang kuat.
Di udara, ia meluncur dengan mengembangkan
siripnya yang lebar, yang bertindak sebagai sayap.
Semasa “terbang”, ikan terbang menggetarkan
ekornya dengan sangat pantas. Bahagian bawah
sirip ekornya yang panjang menjunam ke dalam
air dan muncul keluar dari air dan membantu ikan
terus berada di udara.
UMUMUmum
1234567

Kembali ke atas