PERGUNUNGAN SNOWY | Pergunungan Snowy ialah bahagian yang tertinggi di Pergunungan Alps, Australia, di tenggara New South Wales dan timur laut Victoria. | UMUM | |
SIKKIM | Sikkim ialah negeri yang terletak di timur laut India. Ia terbentang di bahagian timur Himalaya. Di sinilah terletaknya gunung yang tertinggi di India dan yang ketiga tertinggi di dunia, iaitu Gunung Kanchenjunga. Sikkim ialah negeri kedua terkecil di India. | UMUM | |
TIBET | Tibet ialah kawasan di sebelah selatan Asia Tengah. Ia selalu digelar Bumbung Dunia. Gunung-ganangnya diseliputi salji dan penaranya yang terdedah kepada angin adalah yang tertinggi di dunia. Gunung tertinggi di dunia, Gunung Everest, menjulang sepanjang kawasan pergunungan di bahagian selatan Tibet. Ka-erh, di barat Tibet dipercayai bandar tertinggi di dunia. Ia terletak lebih daripada 4570 meter di atas aras laut. Dasar lembah di Tibet lebih tinggi daripada puncak gunung di kebanyakan negara lain. Lhasa ialah ibu negara Tibet. | UMUM | |
ANNAPURNA I | Annapurna I , puncak gunung setinggi 8078 meter dan merupakan gunung yang kesebelas tertinggi di dunia. Puncak ini terletak di pergunungan Himalaya. Annapurna I terletak di bahagian tengah Nepal dan membentuk sebahagian daripada kumpulan gunung Annapurna. Orang Nepal menggelar puncak gunung yang diselubungi salji ini Dewi Penuaian, kerana mereka percaya puncak ini mengawasi ladang tanaman di penara subur di Pokhara yang terletak bersebelahan. Pada tahun 1950, satu ekspedisi 11 orang yang dipimpin oleh Maurice Herzog dari Perancis mendaki Annapura. Sebelum Puncak Everest didaki pada tahun 1953, Annapurna adalah puncak yang paling tinggi pernah didaki. Lihat juga Gunung (jadual gambar rajah). | UMUM | |
MINDANAO | Mindanao ialah pulau kedua terbesar di kepulauan Filipina. Ia terletak di hujung bahagian tenggara Filipina. Untuk lokasi, lihat Filipina (peta). Mindanao mempunyai kawasan seluas 94 630 kilometer persegi. Pulau ini mempunyai pergunungan tertinggi di Filipina. Kebanyakannya merupakan gunung berapi yang masih lagi aktif. | UMUM | |
TENOR | Tenor ialah suara nyanyian kedua tertinggi bagi lelaki. Hanya penyanyi lelaki yang menyanyi dengan nada suara countertenor (kontralto) sahaja yang dapat menyanyi dengan nada yang lebih tinggi. Kebanyakan penyanyi tenor mempunyai julat suara antara lebih kurang satu oktaf di bawah C tengah hingga ke B flat di atas C tengah. C tengah ialah not C yang berada paling dekat dengan bahagian tengah not nada piano. Kebanyakan penyanyi tenor opera khususnya dalam bidang drama dapat menyanyikan not yang lebih tinggi daripada julat normal yang paling atas. | UMUM | |
UNDANG-UNDANG TUBUH KERAJAAN JOHOR | UNDANG-UNDANG TUBUH KERAJAAN JOHOR, undang-undang tertinggi yang dibuat dan diluluskan oleh badan berkuasa tertinggi bagi menguruskan hal ehwal negeri Johor dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya. Ia diakui sebagai undang-undang tertinggi negeri Johor. Bahagian mukadimah Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor ini memperuntukkan bahawa dengan kuasa yang ada, maka diperturunkan undang-undang dan peraturan bagi tujuan pentadbiran dan pengurusan negeri dan ia hendaklah dipakai berterusan, diwarisi dan tidak boleh dipinda dengan sewenang-wenangnya. Undang-undang ini hendaklah diterima pakai oleh semua anak negeri dan keengganan seseorang untuk mengakuinya atau mematuhinya boleh dianggap sebagai telah melakukan sesuatu yang bertentangan dengan undang-undang. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |
TASIK | Tasik ialah kumpulan air yang dikelilingi daratan. Tasik boleh ditemui di semua bahagian di dunia. Sesetengah kumpulan air yang besar yang biasanya dikenali sebagai laut adalah sebenarnya tasik. Laut-laut tersebut termasuklah Laut Mati, Laut Galilee , dan Laut Kaspia. Sesetengah tasik terletak berdekatan kawasan bumi yang tertinggi dan yang lainnya terletak jauh di bawah aras laut. | UMUM | |
POKOK TULIP | Pokok tulip juga dinamakan poplar kuning dan poplar tulip , ialah pokok daun lebar yang tertinggi di timur Amerika Syarikat. Di hutan, ia boleh tumbuh setinggi melebihi 60 meter, dan batangnya mungkin setebal 1.5 meter hingga 3 meter di bahagian pangkal. Ia tumbuh dari selatan New England hingga ke Florida dan ke arah barat hingga ke selatan Missouri dan Louisiana. | UMUM | |
ARARAT | Ararat ialah tempat bahtera Noah mendarat selepas Deluge mengikut Bible. Dalam Bible, kisah ini dijelaskan dalam Genesis 6-8. Ararat adalah kawasan yang dikelilingi Tasik van di Armenia purba, kini bahagian Turki. Ramai orang percaya bahtera Noah berada di Gunung Massis, gunung tertinggi di Ararat, kini dikenali Gunung Ararat. Walau bagaimanapun, terjemahan dalam bahasa Aramaik dan Syriac menjelaskan bahtera ini mendarat di gunung di Kurdistan yang terletak di tenggara Tasik Van. Kawasan Ararat dinyatakan dalam II Kings 19:37 dan Isiah 37:38. Laluan ini digunakan oleh anakanak raja Assyria Sennacheris yang melarikan diri ke Ararat selepas membunuh ayah mereka. | UMUM | |