PERUBATAN OSTEOPATIK | Perubatan osteopatik ialah suatu sistem perubatan yang berasaskan kepercayaan bahawa semua sistem tubuh adalah saling berkait. Penyakit di salah satu bahagian tubuh akan menjejaskan bahagian tubuh yang lain. Oleh itu, seluruh tubuh seseorang itu mesti diperiksa apabila memberi rawatan. Perubatan osteopatik menekankan kepentingan sistem otot skeletal tubuh. Sistem ini terdiri daripada otot dan tulang serta tendon dan ligamen yang menyambungkannya. | UMUM | |
LIGNOKAINA | Lignokaina ialah sejenis ubat untuk menahan rasa sakit di bahagian tubuh yang tertentu. Ubat seperti ini dinamakan anestetik setempat. Lignokaina digunakan di dalam pembedahan dan prosedur pergigian sebagai penyekat saraf bahagian. Ini bermakna, ia disuntik di sekeliling saraf yang mengawal deria rasa di bahagian tubuh yang tertentu. Lignokaina juga digunakan dalam salap dan semburan yang berpreskripsi ataupun yang tidak berpreskripsi sebagai bahan anestetik untuk kecederaan kulit yang kecil. Lignokaina digunakan juga untuk merawat denyutan jantung yang tidak normal. | UMUM | |
ARTERI | Arteri ialah nama tiub atau salur darah yang melaluinya darah dipam keluar dari jantung ke berbagai-bagai bahagian tubuh. Darah yang dibawa oleh kebanyakan arteri itu merah terang kerana darah ini telah mengambil oksigen semasa melalui paru-paru. Akan tetapi darah yang mengalir melalui arteri yang menghubungkan ventrikel sebelah kanan jantung dengan paru-paru belum lagi mengambil oksigennya. Darah ini berwarna kecoklat-coklatan. Jika arteri itu terpotong, darah akan memancut keluar secara bersamaan dengan degupan jantung. Vena berbeza daripada arteri oleh sebab vena membawa darah balik ke jantung, bukannya membawa darah keluar dari jantung. Jika vena terpotong maka darah mengalir daripadanya dalam aliran yang sekata. | UMUM | |
PARUT | Parut ialah tanda kekal yang tinggal setelah kecederaan pada kulit atau di bahagian tubuh lain yang sembuh. Parut boleh terjadi akibat luka yang dalam, terkena api, kudis, atau pembedahan. | UMUM | |
PROSTETIK | Prostetik ialah cabang dari bidang perubatan yang menangani penyediaan bahagian palsu untuk tubuh. Bahagian palsu yang dikenali sebagai prostesis , menggantikan sesuatu bahagian tubuh yang hilang disebabkan oleh kecederaan, penyakit atau kecacatan sejak lahir. Prostesis memenuhi satu atau lebih daripada tiga tujuan asasnya: (1) Sedapat mungkin meniru fungsi bahagian yang hilang. (2) Menjadi struktur sokong bagi tisu yang masih ada, dan (3) Menambah baik rupa seseorang. Set gigi palsu ialah suatu contoh prostesis yang memenuhi ketiga-tiga tujuan di atas. | UMUM | |
KECACATAN KELAHIRAN | Kecacatan kelahiran atau kecacatan kongenital, ialah suatu keadaan yang tidak normal pada seseorang bayi semasa kelahirannya. Kecacatan mungkin wujud pada struktur atau fungsi sesetengah bahagian tubuh. Ia mungkin suatu petanda untuk mendapat sesuatu penyakit serius. | UMUM | |
OBESITI | Obesiti ialah keadaan kadar lemak berlebihan di bahagian tubuh sehingga mengakibatkan pertambahan berat tubuh yang tidak normal untuk sesuatu peringkat umur, jantina dan ketinggian. | PEMAKANAN | Kaedah |
KELUMPUHAN | Kelumpuhan ialah kehilangan upaya untuk bergerak. Ia mungkin bersifat separa atau menyeluruh dan sementara atau kekal. Keadaan ini boleh melibatkan otot di mana-mana bahagian tubuh. Dalam banyak kes, kelumpuhan juga disertai kehilangan deria di bahagian tubuh yang terlibat. | UMUM | |
KULTUR TISU | Kultur tisu ialah proses pertumbuhan tisu atau sel bahagian-bahagian tumbuhan atau haiwan yang dilakukan secara in vitro, iaitu di luar daripada sistem tumbuhan atau tubuh haiwan. | PERTANIAN | Konsep |
ABSES | Abses ialah nanah yang terjadi dalam bahagian tubuh yang dijangkiti bakteria. Nanah mengandungi bakteria, plasma darah, dan debris daripada sel yang mati. Ia juga mengandungi sel darah putih yang digunakan oleh badan untuk mencegah jangkitan. Abses biasanya akan kelihatan merah dan bengkak yang boleh pecah dan mengalir. Abses mungkin terjadi di dalam mana-mana tisu yang dijangkiti bakteria. | UMUM | |