PERLOMBONGAN | Perlombongan ialah proses mengeluarkan mineral dan bahan-bahan lain dari dalam bumi. Bahan ini termasuk sebatian logam, bukan mineral seperti batu arang, pasir, minyak, gas asli, dan banyak bahan lain yang berguna. | UMUM | |
KAUSTIK | Kaustik ialah istilah biasa bagi bahan kimia tertentu yang boleh membakar atau mengakis bahan-bahan lain, terutamanya bahan organik. | UMUM | |
OHM | Ohm ialah unit yang digunakan untuk mengukur rintangan terhadap laluan arus elektrik. Semua bahan merintang aliran arus elektrik. Tetapi sesetengah bahan merintang lebih kuat daripada bahan-bahan lain. Bahan yang tidak banyak merintang dinamakan pengalir . Bahan yang banyak merintang dinamakan penebat. Rintangan elektrik ( R ), diukur dalam ohm, bersamaan dengan daya elektromotif ( E ) yang menghasilkan arus elektrik, diukur dalam volt , dibahagi dengan arus ( I ), diukur dalam ampere . Ohm = volt atau R = E ampere I | UMUM | |
SEL BAHAN API | Sel bahan api ialah alat yang menghasilkan elektrik daripada bahan api dan pengoksida , iaitu bahan yang berpadu dengan bahan api. Bahan api dan pengoksida bertindak balas secara kimia pada dua elektrod yang berasingan (pengalir elektrik berserta terminal) untuk menghasilkan arus elektrik terus. Bateri menghasilkan elektrik dengan cara yang sama. Tetapi dalam bateri, elektrod itu sendiri adalah bahan api dan pengoksida dan habis digunakan dalam tindak balas tersebut. Dalam sel bahan api, bahan api dan pengoksida ditambah dari luar, dan elektrod kekal tidak berubah. | UMUM | |
KROMATOGRAFI | Kromatografi ialah kaedah memisahkan bahan-bahan yang membentuk campuran. Pemisahan ini dilakukan dengan melakukan campuran dalam bahan penjerap (lihat Penyerapan dan penjerapan). | UMUM | |
EKSTRAK | Ekstrak ialah persediaan pekat bahan-bahan tertentu yang diperoleh daripada tumbuh-tumbuhan, herba, bunga-bungaan atau tisu haiwan. | UMUM | |
AKUEDUK | Akueduk ialah terusan untuk mengalirkan air ke tempat lain. Bahan-bahan yang digunakan untuk pembinaan akueduk, mungkin batu, konkrit, besi tuang, keluli atau papan. | UMUM | |
ALUVIUM | Aluvium ialah tanah, pasir, batu kerikil, tanah liat, kelodak, atau bahan-bahan lain yang dimendapkan oleh air yang mengalir. Mendapan aluvium berlaku apabila sungai atau anak sungai berkurangan halajunya ketika mengalir menuruni lereng gunung atau memasuki tasik, laut pedalaman, atau teluk yang tenang. | UMUM | |
ANGIOPLASTI | Angioplasti ialah teknik membuka arteri yang tersumbat oleh mendapan kolesterol, kalsium, dan bahan-bahan lain. Mendapan sedemikian dinamakan plak . | UMUM | |
SEPUHAN | Sepuhan ialah seni menyelaputi daun emas atau habuk emas pada kaca, logam, kertas, porselin, atau bahan-bahan lain. Sepuhan juga merujuk kepada penggunaan logam seperti aluminium atau perak. | UMUM | |