MOLEKUL | Molekul adalah satu daripada unit asas jirim. Molekul ialah unsur terkecil sesuatu bahan dapat dibahagikan dan masih mempunyai sifat-sifat kimia bahan asal. Jika bahan ini dibahagikan lagi, hanya atom unsur kimia yang tinggal. Contohnya, setitis air mengandungi berbilion-bilion molekul air. Jika titisan ini boleh dibahagikan sehingga hanya satu molekul air yang tinggal, titisan yang terakhir ini masih mempunyai kesemua sifat kimia air. Tetapi, jika satu molekul air ini dibahagikan, hanya atom unsur hidrogen dan oksigen yang tinggal. | UMUM | |
CERITA ASAL USUL | CERITA ASAL USUL, sastera lisan Melayu. Cerita asal usul ini menerangkan bagaimana sesuatu benda dan perkara itu berlaku atau terjadi. Ini termasuklah asal mula kejadian sesuatu makhluk, seperti kejadian manusia dan haiwan, tumbuh-tumbuhan, cakerawala; dan bagaimana sesuatu fenomena atau bencana alam, seperti hujan, guruh, petir dan gempa bumi itu berlaku. Bahan cerita asal usul ini terdiri daripada benda dan perkara yang berkait rapat dengan manusia dan persekitarannya. Sebuah bukit yang tunggal, atau sekelompok batu yang berbentuk seakan-akan rupa manusia, atau sebuah tasik seperti tapak kaki di persekitaran alam Melayu, melahirkan cerita yang menerangkan bagaimana fenomena itu berlaku. Batu berbentuk manusia dikatakan berasal dari anak yang derhaka kepada ibunya dan tasik berbentuk tapak kaki berasal daripada bekas tapak kaki gergasi. | SASTERA | Konsep |
OPARIN, ALEXANDER IVANOVICH | Oparin, Alexander Ivanovich (1894–1980) ialah ahli biokimia Soviet. Dia mewujudkan teori yang menjelaskan bagaimana hidupan di bumi berasal daripada bahan kimia. Ideanya menjadi asas bagi banyak teori saintifik moden tentang asal usul hidupan. Oparin juga menjalankan banyak penyelidikan tentang biokimia mengubah tanaman pertanian mentah menjadi keluaran seperti roti, gula, teh, tembakau, dan wain. | UMUM | |
TANAH JAJAHAN | Tanah jajahan ialah petempatan yang ditubuhkan oleh sesuatu kumpulan penduduk di luar negara asal mereka, tetapi tetap diperintah oleh tanah air mereka. Tanah jajahan ditubuhkan dengan tujuan untuk mencari lebih banyak kawasan yang dapat dijadikan tempat tinggal agar dapat mengurangkan tekanan kepadatan di tanah air mereka, untuk meningkatkan perdagangan dengan mencari pasaran bagi barang-barang buatan, untuk mendapatkan sumber bahan mentah, untuk melindungi kepentingan ketenteraan, dan untuk meningkatkan prestij negara ibunda. Hampir separuh daripada negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu adalah bekas tanah jajahan yang mendapat kemerdekaan sejak Perang Dunia II (1939–1945). | UMUM | |
GADJAH MADA | GADJAH MADA (1293 – 1378), Matapatih kerajaan Majapahit. Tidak banyak diketahui tentang asal usulnya. Kebanyakan bahan tentang riwayat hidupnya berdasarkan kitab Pararaton dan Negarakartagama. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Kesultanan/Kerajaan/Pemerintahan |
ELASTOMER TERMOPLASTIK | Elastomer termoplastik merupakan bahan polimer sintetik yang bersifat seperti getah, terutama dari segi keupayaannya untuk kembali ke bentuk asal. | FIZIK | Sifat/Keadaan |
SIBIL | Sibil ialah gelaran untuk ahli nujum wanita yang sudah berusia pada zaman Rom purba. Ahli nujum yang terkenal ialah Sibil Cumaen. Menurut mitologi, dewa Apollo berjanji bahawa Cumaen boleh hidup setahun bagi setiap butir pasir yang boleh digenggam di dalam genggamannya. Walau bagaimanapun, Apollo tidak menganugerahinya sifat awet muda dan dia pun kelihatan semakin hari semakin tua. Sibil Cumaen membawa Aeneas, pahlawan Trojan, ke dunia untuk mengetahui masa depan Rom. Kemudian, dia menawarkan diri untuk menjual sembilan buah buku mengenai ramalan yang dikenali sebagai Sibylline Books, pada harga yang tinggi kepada raja Rom. Apabila raja menolaknya sebanyak dua kali, Sibil membakar tiga buah buku setiap kali. Raja Rom akhirnya membayar harga asal untuk hanya tiga buah buku. Buku ini dijadikan bahan rujukan semasa menghadapi saat-saat bahaya sehinggalah buku ini musnah dalam kebakaran pada tahun 83 S.M. | UMUM | |
BRAMANTE, DONATO | Bramante, Donato (1444–1514) ialah arkitek dan pelukis Zaman Renaissance Itali. Bangunan Bramante, yang dikenali sebagai Tempietto (1502), di Gereja San Pietro di Montoria menandakan tempat St. Peter disalib di Rom, mengikut ceritanya. Bramante mereka bentuk bangunan ini menyerupai kuil Rom yang kecil bulat. Dia juga membuat reka bentuk asal untuk Gereja St. Peter di Rom, dan mereka bentuk Belvedere Courtyard (1505–1513) di Vatican. Bramante lahir dekat Urbino, Itali. Minat awalnya adalah seni lukis dan matematik. Dia menerima latihan seni bina daripada Luciano Lauran, ketua arkitek Urbino. Selepas tinggal di Milan untuk beberapa lama, Bramante menetap di Rom pada tahun 1499. Di sana dia mengkaji puing Rom purba. Oleh sebab pengetahuannya yang meluas tentang seni bina purba, dia diambil bekerja sebagai arkitek oleh Paus Alexander VI dan Julius II. Bramante terkenal kerana mengembalikan kepopularan dua bahan binaan Rom purba, iaitu konkrit dan stucco. Lihat juga Gereja Saint Peter (Sejarah). | UMUM | |