PETROKIMIA | Petrokimia ialah bahan kimia yang dibuat daripada petroleum atau gas asli. Petrokimia adalah antara bahan yang terpenting yang digunakan dalam industri. Pengeluar menggunakan petrokimia untuk membuat keluaran seperti bahan pencuci, baja, ubat- ubatan, cat, plastik, serat sintetik, dan getah sintetik. | UMUM | |
AMINA | Amina ialah nama kumpulan bes organik lemah yang sama dengan ammonia dari segi strukturnya. Ahli kimia membentuk amina dengan menggantikan satu atau lebih daripada tiga atom hidrogen pada ammonia dengan mana-mana kumpulan struktur organik yang mengandungi karbon dan hidrogen. Apabila dineutralkan oleh asid, amina membentuk garam (lihat Garam; Kimia ). Amina digunakan secara komersial sebagai pelarut dan juga dalam pembuatan bahan pencuci, pencelup, racun herba, ubat, bahan pencuci filem fotograf, dan perencat karat. | UMUM | |
POTASY | Potasy ialah nama komersial bagi sekumpulan garam yang mengandungi unsur kalium. Jenis potasy yang paling penting ialah kalium klorida (KCl), yang digunakan terutamanya untuk membuat baja. Kira-kira 95 peratus daripada potasy yang diproses di seluruh dunia ditapis menjadi baja. Potasy juga digunakan dalam pembuatan sabun dan bahan pencuci, kaca, seramik, tekstil, pencelup, bahan kimia, dan ubat. | UMUM | |
NATRIUM HIDROKSIDA | Natrium hidroksida, juga dikenali sebagai soda kaustik, ialah bahan kimia industri yang penting. Ia bertindak sebagai bahan utama dalam banyak pencuci parit dan pencuci ketuhar komersial. Ia juga digunakan dalam pembuatan sabun dan kertas. | UMUM | |
SULFUR | Sulfur ialah unsur kimia bukan logam, berwarna kuning yang didapati di banyak bahagian di dunia. Simbol kimia bagi sulfur ialah S. Ia telah digunakan untuk pelbagai tujuan selama beratus-ratus tahun. Orang Yunani dan Rom purba menggunakan sulfur sebagai pencuci, peluntur, dan ubat. Unsur ini kemudiannya menjadi penting sebagai satu daripada bahan utama dalam serbuk letupan. Hari ini, sulfur digunakan dalam pelbagai keluaran dan proses industri. | UMUM | |