Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : hawa panas, kehangatan (yg terbit drpd api, panas tubuh, dll): tidak tertahan ~ api;berbahang menjadi panas (hangat): kabus tebal sudah nipis dan beransur-ansur lesap kerana hawa sang suria telah mula ~;membahang 1. menerbitkan kepanasan, (menjadi) sangat panas: debu di jalan berterbangan apabila dihembus angin yg bertiup ~ bara; 2. ki memerahkan (muka) kerana panas: marahnya ~ muka;membahangi mengenakan (menimpakan) hawa panas pd, membawa bahang pd: cahaya matahari boleh masuk tetapi tidak ~ ruang di dlm rumah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bahang I


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KOTA KUALA KEDAH

KOTA KUALA KEDAH, kota pertahanan negeri Kedah abad ke-18. Kota ini dibina semasa pemerintahan  Sultan Abdullah Mukkarram Syah, Sultan Kedah (m.m. 1760) untuk mempertahankan negeri Kedah daripada serangan tentera Siam. Kota ini terletak di Kuala Bahang, iaitu satu kawasan di sebelah utara muara Sungai Kedah, lebih kurang 18 km dari bandar Alor Setar.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
SULTAN ABDULLAH MUKARRAM SYAH

SULTAN ABDULLAH MUKARRAM SYAH (1750 – 1798), Sultan Kedah yang ke-20 (1778 – 1798).  Baginda diputerakan di Kota Setar, Kedah.  Baginda menjadi Sultan Kedah menggantikan ayahandanya, Sultan Muhammad Jiwa Zainal Azilin Muazzam Syah II pada tahun 1778.  Dua tahun kemudian baginda mendirikan Kota Kuala Bahang, Kuala Kedah.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh

Kembali ke atas