AKAR BAHAR | Akar bahar ialah karang berwarna-warni berbentuk pipih bak kipas. Ia mempunyai rangka yang kuat dan fleksibel yang bercabang untuk membentuk selirat. Akar bahar sebenarnya terdiri daripada koloni haiwan karang individu yang dikenali sebagai polip. Polip ini tumbuh daripada tisu lembut yang meliputi rangka. Akar bahar biasa terdapat di terumbu dan perairan cetek di sepanjang pantai Florida, Amerika Syarikat dan Hindia Barat. Ia sering berwarna merah, kuning, jingga, atau ungu terang. | UMUM | Umum |
LONG BAHAR | LONG BAHAR ( ? -1733), Sultan Kelantan (m.m. 1721-1733). Tarikh dan tempat lahirnya tidak diketahui. Long Bahar dikenal juga dengan nama Tuan Besar. Sebelum menetap di negeri Kelantan, Long Bahar dikatakan telah pun mempunyai dua orang anak, iaitu Tuan Nik atau Tuan Sulaiman dan Tuan Melor. Semasa di Kelantan dia memperoleh beberapa orang anak, antaranya Tuan Kundor dan Tuan Nik. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
KNIDARIA | Knidaria ialah nama sekumpulan haiwan air berbadan lembut. Kumpulan ini termasuk hidra air tawar, hidroid, ubur-ubur, akar bahar, buran laut, dan karang. Haiwan ini membentuk filum (kumpulan besar) yang dinamakan Knidaria. | UMUM | |
RAJA OMAR | RAJA OMAR ( ? -1721), Sultan Jembal (1675/1686-1721). Mengikut sumber sejarah Kelantan, pada awal abad ke-17, ada sebuah negeri atau kerajaan bernama Jembal di Kelantan. Pada tahun 1638, Jembal diperintah oleh seorang raja bernama Raja Sakti. Baginda mempunyai empat orang putera, iaitu Raja Loyor, Raja Bahar, Raja Omar dan Raja Sungai serta tiga orang puteri, iaitu Puteri Sayu Bari, Puteri Unang Melor dan Puteri Cempaka Bongsu. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |