Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bahasa Cina

Puisi
 

Anak Cina main gelombang,
     Nampak dari Tanjung Jati;
Tuan umpama bunga yang kembang,
     Sentiasa hidup di dalam hati.

Anak beruk di kayu rendang,
     Turun mandi di dalam paya;
Hodoh buruk di mata orang,
     Cantik manis di mata saya.

Anak ikan dimakan ikan,
     Ikan berenang dalam perigi;
Hilang intan berganti intan,
     Intan bernama payung negeri.


Lihat selanjutnya...(2)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
BAHASA-BAHASA SARAWAK

BAHASA-BAHASA SARAWAK, bahasa-bahasa bumiputera yang ada di Sarawak yang tergolong dalam keluarga Indonesia daripada rumpun Austronesia. Di samping itu, terdapat bahasa-bahasa yang tidak boleh dimasukkan ke dalam keluarga berkenaan kerana bahasa-bahasa itu berasal daripada rumpun yang berlainan. Misalnya bahasa Cina dengan berbagai-bagai dialeknya, dan bahasa Inggeris yang merupakan bahasa kedua penting di Malaysia.

BAHASABahasa
BAHASA-BAHASA SABAH

BAHASA-BAHASA SABAH, bahasa penduduk di Sabah yang tidak terbatas kepada mereka yang sudah beratus tahun tinggal di Sabah dan di Kepulauan Melayu, tetapi juga termasuk mereka yang datang dari luar untuk bermastautin di situ. Dengan itu, bahasa yang dituturkan di Sabah tidak terhad kepada bahasa daripada rumpun Austronesia, tetapi juga bahasa dari rumpun yang lain. Golongan kedua ini diwakili oleh bahasa Cina yang terdiri daripada berbagai-bagai dialek, bahasa dari India, dan juga bahasa Inggeris. Di samping itu, terdapat bahasa Chabacano yang pada hakikatnya tidak termasuk dalam mana-mana rumpun, kerana bahasa yang dibawa oleh pendatang Filipina ini merupakan bahasa Kreol, hasil campuran bahasa Filipina, Sepanyol dan Inggeris.

BAHASABahasa
BAHASA MELAYU PERANAKAN

BAHASA MELAYU PERANAKAN, bahasa Cina Baba yang tinggal di negeri Melaka, Pulau Pinang dan Singapura. Perkataan Baba bermaksud Cina Peranakan lelaki dan Cina Peranakan perempuan (Nyonya) atau masyarakat Cina Peranakan keseluruhannya.

BAHASAKonsep
BAHASA MELAYU PADA PRASASTI DI SONGKHLA

BAHASA MELAYU PADA PRASASTI DI SONGKHLA, dapat dilihat pada prasasti bahasa Thai (dialek Thai Selatan) yang bertulisan Thai, prasasti bahasa Cina dan prasasti bahasa Melayu (bahasa persuratan) yang bertulisan Jawi.

BAHASAKonsep
SALAH ASUHAN

SALAH ASUHAN, novel karya Abdul Muis.  Novel setebal 231 halaman ini diterbitkan pertama kali oleh Balai Pustaka pada tahun 1928.  Hingga tahun 1990, novel ini telah diulang cetak sebanyak 18 kali.  Pada tahun 1969, Salah Asuhan mendapat hadiah tahunan dari pemerintah Republik Indonesia bersama-sama novel Siti Nurbaya, Belenggu dan Atheis.  Pada tahun 1972, novel ini telah difilemkan.  Salah Asuhan juga telah diterjemahkan ke dalam bahasa Cina dan Jepun.

SASTERAKarya
BAHASA MELAYU PIJIN/KREOL

BAHASA MELAYU PIJIN/KREOL, bahasa yang digunakan oleh masyarakat Cina Peranakan atau Baba dan Nyonya atau Embok-embok untuk berhubung dengan anggota musyarakat lain dalam hubungan perdagangannya sebagai bahasa perantaraan.

BAHASAKonsep
PERSATUAN BAHASA MODEN MALAYSIA

PERSATUAN BAHASA MODEN MALAYSIA, persatuan bahasa.  Persatuan ini ditubuhkan pada tahun 1986 di Kuala Lumpur.  Persatuan ini dianggotai oleh penyelidik, guru dan pengamal berbagai-bagai-bagai bahasa moden yang ada dan diajarkan di beberapa insitutisi pendidikan di Malaysia, iaitu di Universiti, Institut Teknologi MARA, dan pusat-pusat pengajaran bahasa swasta.  Setakat ini bahasa yang di bawah naungan persatuan bahasa berkenaan ialah bahasa Arab, Belanda, Burma, Cina, Filipina, Iban, Inggeris, Itali, Jepun, Jerman, Korea, Melayu, Perancis, Portugsi, Rusia, Sepanyol, Tamil Thai dan Urdu.  Pada 1 November 1989, keahliannya meluas di seluruh Semenanjung. Sabah dan Sarawak.

BAHASAPersatuan
PICKERING, WILLIAM

Pickering , William (1840–1907) ialah kakitangan

awam British yang menjadi pelindung pertama

orang Cina di Singapura pada tahun 1877. Pada

masa itu, ejen British melakukan pengambilan kuli

(buruh kasar) di China dan menghantar mereka ke

Singapura untuk bekerja. Ramai ejen melayan kuli-

kuli tersebut dengan buruk sekali, membawa

mereka ke Singapura dalam kapal-kapal yang sesak,

malah memaksa mereka pergi ke negara lain yang

di luar kemahuan mereka. Tugas Pickering sebagai

pelindung adalah untuk menghentikan layanan

buruk ini. Dia mempunyai personaliti yang tegas

dan fasih membaca serta bertutur dalam bahasa

Cina. Di bawah kepimpinannya, badan perlindungan

ini menjadi sebuah institusi yang amat disanjung

tinggi. Selain melindungi kuli dan pendatang

wanita, Pickering juga bertindak terhadap persatuan

kongsi gelap Cina dan menguatkuasakan peraturan

ketat sebagai langkah mengawal perjudian.

UMUM 
DIALEK MELAYU KUTAIDIALEK MELAYU KUTAI, bahasa perhubungan antara suku Melayu dengan Dayak serta pedagang Bugis dengan Cina di sepanjang Sungai Mahakam di Propinsi Kalimantan Timur, Pulau Borneo, Indonesia. Dialek Melayu Kutai (DMK) digunakan dalam perhubungan biasa di samping bahasa Indonesia yang lebih lazim digunakan dalam suasana rasmi tertentu, seperti di sekolah dan dalam media massa.BAHASABahasa
DIALEK MELAYU DI KALIMANTANDIALEK MELAYU DI KALIMANTAN, dialek yang dituturkan oleh penduduk Pulau Borneo yang luas dan terbahagi atas tiga negara: Malaysia, Indonesia dan Brunei Darussalam. Di kawasan negara-negara itu, bahasa Melayu sudah dinyatakan sebagai bahasa kebangsaan. Selain sebagai bahasa rasmi dan baku oleh seluruh masyarakat, baik Melayu mahupun Modang, Melanau atau Cina, terdapat banyak dialek Melayu yang dituturkan di Pulau Borneo. Penutur-penutur pelbagai dialek ini berbahasa Melayu sebagai bahasa ibunda. Di samping bahasa Melayu yang baku, mereka bertutur sehari-hari dalam dialek Melayu daerah masing-masing.BAHASABahasa
12

Kembali ke atas